Tuesday, May 09, 2017

Paroi! Paroi! Paroi!

Buat pertama kalinya, Batrisyia tunjukkan minat dengan bola. Antara kami bertiga, aku sorang je la yang suka bola. Kalau musim World Cup, memang aku sorang je la terpacak depan TV tu. Diorang tak ambil port langsung. Pernah la sampai aku kena tegur dengan Batrisyia sebab menjerit tengok bola. Maka ummi nya membawa diri keluar dari rumah dan tengok bola pukul 3 pagi kat McD masa tu.

Tapi sekarang bila dia tengok bola Malaysia, dia pulak yang menjerit. Jangan main-main weih, perempuan ni emo dia macam ummi dia juga. Dia punya komen macamlah dia reti sangat main bola sepak.

Teringat pulak... kali terakhir kami tengok bola ialah sewaktu Batrisyia berumur 7 bulan dapat perut. Hahaha. Semangat tak? Aku tak ingat masa tu team KL lawan siapa. Tak minat KL pun tapi layan je la.

Minggu ni insya Allah bawa Batrisyia ke perlawanan NS menentang Pahang sempena semi final Piala Malaysia. Wohoo!! Nak bagi Batrisyia rasa pengalaman tengok bola kat stadium. Aku tak tahu la samada dia akan rasa rimas atau dia akan rasa seronok. Harapnya dia tak rimas la sebab kalau dia rimas, aku pun rimas.

Hahahaha.. nanti aku update cerita ni ya!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.