Wednesday, March 08, 2017

We always take things for granted

Baru-baru ni, I dikejutkan dengan berita tentang seorang rakan rapat yang dimasukkan ke hospital. She is my good friend masa zaman PMR dulu. Form 3, sampaikan senior kata kami macam belangkas. Senior tu cakap tak pernah nampak kami berpisah kecuali nak ke toilet. Hahaha, lawak akak ni. But yes, memang rapat. Kerja kami masa tu hanyalah study dan study dan study.

Dia dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru. Dia demam biasa je. Doktor klinik dan doktor hospital swasta pun tak sangka dia terkena jangkita kuman. Hanya apabila dimasukkan ke hospital kerajaan, barulah disahkan. Dah lebih seminggu dia terlantar di hospital, sedated untuk mengelakkan kesihatannya bertambah buruk.

Sedih la masa tengok dia kat hospital. I thought I was strong. I tak pergi dengan kawan sekolah pun. I pergi dengan kawan lain yang kebetulan mengenali dia. So ingatkan kuatlah kan sebab I ingat kawan I ni pun kuat. Masa tengok tu, tak sedih sangatlah. Macam kesian je. Pegang tangan dia. Tengok muka dia.

"Dinding" tu roboh bila mak dia datang. Dengar mak dia cakap kat anak dia yang tengah "tidur" tu, teruslah kami tak dapat tahan air mata. Nak balik tu sempatlah peluk dia, cakap dengan dia walaupun dia mungkin tak dengar pun apa yang kami cakap.

Hmmm, baru je bulan sebelum tu, kami berbalas whatsapp. Berborak pasal LOTBS. Dia kata dia busy, tak sempat nak layan drama Korea. Dia minta recommend cerita apa yang best. Dia tu ceria je orangnya. Bila tengok dia jadi macam ni, hati siapa yang tak sedih. Kawan-kawan, minta doakan Nurulhuda Azni Abdul Manan. Semoga beliau dapat mengharungi penyakit ni dan cepat sembuh.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.