Saturday, March 25, 2017

Process of 2018 PyeongChang Winter Olympic preparation

Dengan masa berbaki kurang daripada setahun, banyak persiapan masih perlu dilakukan untuk memastikan 2018 PyeongChang Winter Olympic Games berjalan dengan lancar.

Sebanyak 13 buah stadium dan pusat sukan terlibat dengan 2018 PyeongChang Winter Olympic.

PYEONGCHANG MOUNTAIN CLUSTER

Alpensia Sliding Centre

PyeongChang Olympic Stadium
Alpensia Biathlon Centre
Alpensia Ski Jumping Centre
Alpensia Sliding Centre
Alpensia Cross-Country Skiing Centre
Yongpyong Alpine Centre
Jeongseon Alpine Centre
Phoenix Snow Park


GANGNEUNG COASTAL CLUSTER

Coastal Cluster 경기장 배치도 

Gangneung Hockey Centre
Gangneung Oval
Gangneung Ice Arena
Gangneung Curling Centre
Kwandong Hockey Centre

Walaupun masih ada stadium dan pusat sukan yang masih belum siap sepenuhnya sehingga ke hari ini, persiapan dianggap berjalan dengan lancar dan akan disiapkan mengikut jadual. Malah, Korea Selatan telah dipuji kerana segala persiapan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.




8th Meeting of the IOC Coordination Commission – Closing Plenary 

Pembinaan 2nd Yeongdong Highway antara Gwangju di Gyeonggi Province dan Wonju telah pun siap, dan lebuhraya baru antara  East Hongcheon dan Yangyang kini dalam proses pembinaan. Apabila beroperasi kelak,  ia akan mengurangkan masa perjalanan dan memudahkan akses antara Seoul dan Gangwon atau Gangneung. Untuk penonton yang akan ke Gangneung untuk menyaksikan acara "ice sport competitions", lebuhraya baru antara East Hongcheon dan Yangyang ini akan memendekkan tempoh perjalanan mereka.

Untuk keterangan lanjut mengenai PyeongChang 2018 Olympic Winter Games, bolehlah merujuk kepada website di bawah:

PyeongChang 2018 Website
PyeongChang 2018 Tickets

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.