Friday, March 03, 2017

Ganglion cyst

"Ganglion cyst tu apa?". Ramai juga lah yang tanya sampaikan apabila orang lain tanya pula, I tanya cakap "buang kelenjar". Senang, takde orang tanya dah. Hehehe. Bila dengar perkataan CYST, orang akan fikirkan ia benda buruk, benda yang membahayakan. Ganglion cyst ni bukan la macam cyst kat dalam rahim tu.

A ganglion cyst is a soft tissue lump that may be associated with any joint, but most often occurs on, around, or near joints and tendons of the hands or feet. These cysts are caused by leakage of fluid from the joint into the surrounding tissue. The average size of these cysts is 2.0 cm, but excised cysts of more than 5 cm have been reported. The size of the cyst may vary over time, and may increase after activity. 

The most commonly accepted cause of ganglion cysts is the "herniation hypothesis", by which they are thought to occur as "an out-pouching or distention of a weakened portion of a joint capsule or tendon sheath." This description is based on the observations that the cysts occur close to tendons and joints, the microscopic anatomy of the cyst resembles that of the tenosynovial tissue, the fluid is similar in composition to synovial fluid, and dye injected into the joint capsule frequently ends up in the cyst, which may become enlarged after activity. Dye injected into the cyst rarely enters the joint, however, which has been attributed to the formation of an effective and one-way "check valve" allowing fluid out of the joint, but not back in. Synovial cysts, posttraumatic degeneration of connective tissue, and inflammation have been considered as the causes. Other possible mechanisms for the development of ganglion cysts include repeated mechanical stress, facet arthrosis, myxoid degeneration of periarticular fibrous tissues and liquefaction with chronic damage, increased production of hyaluronic acid by fibroblasts, and a proliferation of mesenchymal cells. Ganglion cysts also may develop independently from a joint.

~ Source : Wikipedia.

Ahaks, petik kat Wikipedia je sebab I sendiri tak reti nak explain walaupun I tahu. Sebenarnya, ia pernah berlaku beberapa tahun lepas. Cuma I tak berapa nak kisah sangat sebab tiba-tiba je nanti ia akan hilang dan tak sakit. Come and go orang kata. February tahun lepas, barulah sakit tu makin kerap jadi. Dia punya sakit tu kan, sampai pernah la botol mayones yang besar tu terlepas dari tangan. Pecah berderai. Bulan October kalau tak silap, I jumpa doktor kat klinik dan dia buat surat rujukan ke hospital. Hospital pula terus cadangkan untuk buang kelenjar tu. Doktor terus pilih tarikh yang paling cantik iaitu semasa ulang tahun perkahwinan yang ke 10. Cis doktor ni. Bila I cakap mcm tu, dia terlopong sebab tak sangka I dah hampir 10 tahun kahwin.

Sehari sebelum surgery dah kena masuk hospital. At first, second class bed dah penuh. Tapi I masuk jugalah. Duduk atas katil sementara. Tak lama lepas tu, doktor dah cucuk branula kat tangan. I don't mind kalau kena cucuk ambil darah ke, tapi branula ni memang tak suka sebab pergerakan akan jadi terbatas. Terasa jarum kat dalam tu kan? Sejak lepas tu, nurse ajak jumpa pakar bius. Masa tu pergi dengan lagi 2 orang pesakit yang nak buat surgery membuang breast lumps. Takut dengar cerita diorang ni. Dah la muda lagi.

Semasa jumpa pakar bius, dia cadangkan ambil local anaesthetic. Kiranya pengsan habis la masa surgery. Okay la, ikut aje. By the time pulang ke wad, dah ada katil kosong. Wad kelas 2 ada 6 katil sahaja. Agak jauh juga la kalau nak berbual tu. Masing-masing buat hal sendiri. Malam tu dah kena berpuasa. Lepas pukul 12, nurse bagi saline solution. Satu je la yang pelik. Setiap 2 jam kot, nurse datang ambil BP. I tak perasan samada ni dibuat kat semua patient ke tak. I cuma tahu sebabnya beberapa bulan kemudian. Will let you know on different entry, okay?

Keesokan harinya, nurse bagi baju untuk pembedahan. Tukar dan kemudian ditolak masuk ke dewan pembedahan. Masa tu la baru jumpa Batrisyia. Oh ya, tentang Batrisyia. Kami taknak dia risau. Jadi husband kata I pergi outstation. Pagi tu barulah dia tahu. Tapi dia cool je.

Dewan bedah sangat sejuk. I rileks je la tapi doktor kata I anxious. I cakap, "No, I tak takut langsung". Which is true but they didn't believe it when the monitor said the other thing. Now, rasanya diorg percaya la kot apabila dapat tahu sebenarnya ada benda lain yang berlaku kat I masa tu.

Dipendekkan cerita, perkara terakhir yang I lihat dan dengar ialah lampu bilik bedah dan doktor cakap "Look out at the heart rate. It's too...". Pengsan.

Sedar-sedar je macam mamai, nurse tengah tukarkan baju. Lepas tu sedar betul-betul, dah kat katil. Tangan dah berbalut.






Petang tu juga dah boleh keluar dari wad selepas doktor tengok semuanya okay dan makan pun okay je tak muntah. Lega sangatlah.




Selepas 3 hari, barulah balutan dibuka dan buat dressing. Jahitan dibuka selepas 2 minggu.

Sekarang dah tak rasa sakit dah. Parut luka pun ambil masa untuk nampak betul-betul cantik. Takpe la, yang penting dah tak sakit lagi.

2 scribble(s):

Intan Saleh said...

Cakap je buang 'benjol' :p

I think you meant general anaesthesia (bius penuh). Local anaesthesia is bius setempat. Cucuk bius kat tempat nak potong tu je yang kebas.

High BP and heart rate ke? Jeng jeng jeng.. things orang bius kena ambil tahu.

Liz said...

aah intan, silap di situ.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.