Tuesday, November 29, 2016

Rule Like Elena

Apabila mempunyai seorang anak perempuan berumur 8 tahun, kami dah terbiasa tengok segala macam jenis kartun. Batrisyia paling suka tengok kartun pasal princess. Kenalah mak ayah dia layan sekali. Korang tahu tak Disney Channel ada banyak sangat keluarkan kartun tentang princess? Yang terbaru ni; Elena of Avalor.

Untuk pengetahuan, Elena of Avalor telah mula ditayangkan di Disney channel saluran Astro 615 mulai 13 November 2016.


Elena of Avalor which recently premiered on Disney Channel (ASTRO Ch 615), introduces Disney’s latest Princess named Elena, a strong-willed and courageous teenager. She fought an evil sorceress who attacked her family and was trapped inside an enchanted jewel for decades before she was freed. Now, after saving her kingdom at the tender age of 16, she is the Crown Princess of Avalor and rules with guidance from the Grand Council. 

Despite going through many challenges in learning how to be a good ruler, Elena is decisive and fearless in standing up for herself and what she believes in. In addition to guidance from the Grand Council on ruling, Elena also has some special help in the form of Zuzo, her spirit guide; three flying jaquins (magical creatures that are part jaguar and part macaw; and a Sceptre of Light which has many powers that help Elena overcome magical and non-magical challenges. With every episode, Elena exhibits many admirable qualities such as thoughtfulness, resilience, compassion and leadership which young girls can aspire to.


Elena of Avalor bukan hanya bercerita tentang Elena dan rakan-rakan sahaja tetapi paling penting, setiap episod mempunyai pengajaran dan nilai murni yang cuba diterapkan dalam diri anak-anak kita.

Seperti biasa, Batrisyia memang cepat fall in love dengan princess. Dia nak jadi macam Elena sebab Elena dikelilingi pelbagai magical creature yang cuba membantunya setiap kali dia berdepan dengan masalah. Dalam setiap episod, Disney Channel cuba menunjukkan Elena mempunyai kualiti yang berikut: Thoughtfulness, Resilience, Compassion dan Leadership.

Yes, I can see that in my daughter too. Walaupun Batrisyia ni boleh tahan nakal tapi dia seorang anak yang baik.


Many times, she helps us without asking. Tau-tau je, dia dah tolong kemaskan rumah. Siap tolong basuh bilik air. Hehehe, dia kata sebab nampak ummi dan abi penat. Kadang-kadang tak penat pun tapi dia tetap nak menolong.

Dari kecil, hati dia mudah tersentuh atas kesusahan orang lain. Setiap kali nampak tabung derma, dia mesti nak masukkan duit dalam tabung tu. Kami pernah bawa ke ke soup kitchen programme. Masa tu, dia seronok tolong serahkan makanan kepada orang yang kelaparan. Malahan, dia sendiri pilih baju-baju lama dia yang masih elok untuk diserahkan kepada orang susah. Ada orang, asalkan baju lama, dia bagi je la. Tapi Batrisyia tak macam tu. "Okay, baju ni dah buruk sangat. Tak boleh bagi orang".

Batrisyia ni jarang ditimpa masalah besar. Tapi kalaulah satu hari dia terpaksa lalui hidup yang susah, I want her to stand tall and come back stronger than before. She has to be a strong person because her mom is a strong person :)

Tuesday, November 22, 2016

Lee Min Ho kembali dengan The Legend of the Blue Sea

I am a big fan of KDrama. KDrama merujuk kepada Korean Drama dan ia tiada kena mengena dengan KPop ye. Satu drama, satu muzik. Tak semestinya orang yang minat KDrama tu akan minat KPop juga. Tapi tak semua KDrama I suka. Kita tengok jalan cerita juga lah kan. Tapi kalau ada Lee Min Ho, wajib tengok. Hehehe, my favorite actor tu.

Setelah tiga tahun tidak berlakon dalam drama kerana menumpukan perhatian dalam filem, Lee Min Ho kembali dengan drama terbaru berjudul The Legend of the Blue Sea. Kali terakhir beliau berlakon dalam drama The Heirs pada tahun 2013. The Legend of the Blue Sea juga merupakan comeback drama untuk pelakon Jun Ji Hyun yang berehat sebentar selepas berkahwin dan melahirkan anak. Tak kenal ke Jun Ji Hyun. Ala, dia kan berlakon dengan Kim Soo Hyun dalam My Love From the Star.

Inspired by a classic Joseon legend from Korea's first collection of unofficial historical tales, about a fisherman who captures and releases a mermaid, this drama tells the love story between the son of a Joseon noble family named Dam-Ryung (Lee Min-ho) and a mermaid (Jun Ji-hyun). 

Beautiful poster! I love this scene so much.

This is the mermaid during Josean period. Each mermaid has a unique tail color. 
This mermaid had a golden scales.

Then the drama "sent" us to a few hundred years later. Cepat je. Kita berkenalan dengan watak Heo Joon Jae iaitu seorang con artist dan dia ialah doppelganger Dam Ryung. Oh, mermaid tu hidup lagi sampai ke zaman sekarang ke? Haa, kalau nak tahu... kenalah tengok!

Beautiful poster, again! Perasan tak scene tu sama macam poster sebelum ni?

I am in love with these 2 posters. The above scene recorded 20.7 percent viewership. Daebak! Tapi memang cantik la camera rakamkan saat tu. Ni yang I suka pasal KDrama. Diorang shoot drama tak cincai. Siapa perasan warna payung tu sama dengan warna kasut mermaid? Hehehe.. saya suka!
 


Drama ni baru start minggu lepas. Jadi korang sempat lagi nak layan.

Note : All photos are from Soompi.

Monday, November 21, 2016

Hadiah dari Althea

Psstt, orang lain dah lama kot membeli barangan kosmetik dan penjagaan kulit muka kat Althea. I baru nak mencuba. Bukan taknak beli kat situ. Cuma selama ni takde apa pun nak beli. Hehehe. Ni alang-alang nak dapatkan skincare product dari South Korea, kita beli je lah kat Althea. Nak terbang ke sana, tak tahu pulak bila kan?

Althea merupakan satu online shopping platform yang menawarkan pelbagai barangan kosmetik dan penjagaan kulit muka dari South Korea. Walaupun Althea ada pejabat di Malaysia, semua barangan yang kita order diterbangkan nun jauh dari sana. Malah, harga yang ditawarkan di Althea jauh lebih murah daripada harga di concept store produk tersebut di Malaysia. Jadi manalah orang tak giler shopping kat situ kan? 

Bersempena Singles Day tempoh hari, Althea ada buat promosi. Apa lagi, kita order la. Yang best nya Althea ni, semua barangan diletakkan di dalam box cantik. Jadi bila I dapat barang ni, it's like a present to me, from me. My birthday bulan lepas, ni dikira hadiah hari lahir untuk diri sendiri la kan? :)


My parcel kena tahan oleh pihak kastam selama 2 hari. Dup dap je masa tu. Sebab tak sabar sangat nak dapat barang-barang yang I order. Lepas 2 hari, barulah ia diserahkan kepada pihak delivery. Fuh, selamat. I was expecting the parcel in shocking pink color but nope. Bungkusan warna kelabu. Sekali dua kotak pink Althea hantar. Sebab banyak ke barang yang I order? Tak la banyak pun. Cuma banyak yang big sized packaging.






Semua barang dibungkus kemas dengan bubble wrap untuk mengelakkan barang daripada rosak.


Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel.
The Faceshop Rice & Ceramide Moisture Toner.
Etude House Moistfull Collagen Emulsion.
Skin Food Black Sugar Mask.
Innisfree Jeju Volcanic Blackhead Out Balm.
Nature Republic Super Aqua Max Watery Essence.
It's Skin Power 10 Formula VC Effect.



Yang bestnya Althea ni, korang boleh browse produk dari pelbagai brand di satu tempat. Siap boleh baca reviews dari pengguna lain. Jimat masa, jimat tenaga. Cuma kena kawal sikit perbelanjaan tu sebab memang akan rambang mata. Banyak tapi tak mahal pun. Lagipun dapat discount masa Singles Day. Memang berbaloi-baloi la.

Tuesday, November 15, 2016

Pelanggan teraju gaya pemakanan yang lebih sihat dengan Ilaollao

Gaya pemakanan sihat yang ditonjolkan para penggemar Ilaollao harus dijadikan teladan kepada masyarakat umum. Dalam tempoh hanya setahun, para penggemar llaollao di Malaysia telah memakan 20,000 kilogram buah-buahan dan 120,000 liter yogurt asli!



Disajikan dengan topping rangup atau buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, nangka, buah naga dan mangga, llaollao berjaya mendorong rakyat Malaysia memakan buah-buahan di mana beratnya menyamai 200, 000 biji epal atau lima ekor gajah.

Semasa Ilaollao mula-mula diperkenalkan di Malaysia setahun yang lalu, Ilaollao berhasrat untuk menggalakkan rakyat Malaysia menukar gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Para pengguna semakin mencari alternatif atau pilihan kaedah pemakanan yang sihat dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, makanan yang tepu iaitu berminyak dan berlemak” kata Tan Kai Young, Pengarah Loob Management Services Sdn. Bhd.



Tan berkata, semakin ramai rakyat Malaysia yang arif tentang pengambilan makanan dan gizi seimbang dan Ilaollao berharap dapat memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran betapa pentingnya diet atau tabiat pemakanan yang baik. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, National Health and Morbidity Survey (NHMS) tahun lepas (2015) menunjukkan, 94 peratus `(94%) rakyat Malaysia dewasa memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi dalam pemakanan mereka.

Sebagai penghargaan kepada para pelanggan setia dan meraikan peralihan kepada gaya pemakanan yang lebih sihat, sempena dengan ulang tahun pertama Ilaollao di Malaysia, Ilaollao menawarkan harga istimewa RM11.00 ke atas pembelian semua saiz tab dan Sanum pada 18 Oktober ini. Untuk memanfaatkan sepenuhnya tawaran ini, inilah masanya untuk para pelanggan memesan tab bersaiz besar yang lazimnya berharga RM18.90, manakala Sanum berharga RM17.90.



Selain daripada promosi ulang tahun pertama, Ilaollao juga menambah nilai kempen “Well-nesday” mulai Oktober tahun ini. Dengan pembelian minima tab bersaiz sederhana, para pelanggan boleh menikmati diskaun 11 peratus (11%) pada hari Rabu minggu pertama, 22 peratus (22%) pada hari Rabu minggu kedua dan 33 peratus (33%) pada hari Rabu minggu ketiga. Pada hari Rabu minggu keempat, kadar diskaun berbalik kepada 11 peratus (11%). Dan sekiranya terdapat minggu kelima Rabu, sepertimana pada bulan November 2016, diskaun dinaikkan kepada 22 peratus (22%).

Disebut dengan sebutan Yao Yao, Ilaollao yang disediakan segar – anda tidak akan memperoleh yogurt sejuk beku yang lebih segar daripada Ilaollao. Diperbuat daripada sajian susu skim, satu tab yogurt IlaoIlao mengandungi 46 peratus (46%) kalsium yang perlu ada dalam pemakanan seharian. Walaupun Ilaollao rendah lemak, rendah kalori dan bebas gluten, tiada kompromi dalam kelazatan rasanya sebagai yogurt yang kaya lagi berkrim.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.