Friday, October 14, 2016

Nak jimat beli tiket ke Legoland Malaysia?

Korang pernah kira ada berapa banyak taman tema di Malaysia? Kecil atau besar bukanlah pengukur sesebuah taman tema tu hebat atau tak. Bawalah anak ke mana-mana taman tema, mereka pasti seronok dan takkan lupakan pengalaman manis tu. Kita sebagai ibu bapa, kalau boleh nak bawa anak berjalan dan bergembira selalu. Cuma mungkin kekangan bajet tu membantutkan perancangan kita tu.

Macam mana kalau korang boleh dapat diskaun tiket masuk taman tema? Bukan 10%, bukan 20% tapi 35%!. Kalau ada perancangan nak ke Legoland Malaysia, inilah masa untuk korang beli tiket Legoland Malaysia.



Bersempena dengan perasmian LEGO® NINJAGO™ The Ride, Legoland Malaysia telah bekerjasama dengan Maybank untuk membawakan promosi ekslusif kepada pemegang kad Maybank. Korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 35% semasa membeli tiket ke Legoland Malaysia. Tiket sudah boleh dibeli mulai 5 Oktober 2016 dan promosi ini berakhir pada 30 Oktober 2016.

Upcoming Grand Launch of LEGO® NINJAGO™ The Ride – Nov 2016 

The upcoming LEGO® NINJAGO™ The Ride is the largest new addition to the premiere family theme park with breakthrough attractions that promise to be a real game-changer to the theme parks around the world. The ultimate 4D indoor ride will feature never-seen-before technology manufactured by Triotech, a world leader in media-based interactive attractions, and features Maestro™ hand gesture technology that enables guests to control the outcome of their adventure through the power of their hands without the use of a handheld device. The attraction is set to be a 4D indoor ride inspired by the popular LEGO® line of NINJAGO™ toys and a related TV series. Riders play as Ninja warriors in training under the guidance of NINJAGO™ character Master Wu to vanquish a legion of enemies from snake tribes, ghosts and skeletons to the Great Devourer. 


35% tu banyak tau. Rugi kalau tak beli. Ni harga selepas diskaun :

Adult Standard Annual Pass - RM 208
Child/Senior Citizen Standard Annual Pass - RM 159
Adult Premium Annual Pass - RM 292
Child/Senior Citizen Premium Annual Pass - RM 292

 
Korang boleh dapatkan tiket di tempat seperti yang tertera di bawah :

1) Online: www.LEGOLAND.com.my/promo/MBBOnline2016 dari 4 Oktober hingga 30 Oktober.

2) LEGOLAND’s ticketing window dari 4 Oktober hingga 30 Oktober, Masa: 10:00 pagi – 5:00petang.

3) Roadshow di Aeon Bukit Indah Johor dari 4 Oktober – 9 Oktober 2016, Masa: 10:30 pagi – 10:00 malam.


Untuk maklumat lanjut, layari LEGOLAND® Malaysia Resort’s official website di www.legoland.com.my atau telefon di 07-597 8888.

Selamat menjawab soalan peperiksaan akhir tahun

Minggu depan, bermulalah peperiksaan akhir tahun selama 2 minggu. Seminggu di sekolah kebangsaan, seminggu lagi dia sekolah rendah agama. Tahun ni rasa kurang stress sikit. Entah la, taknak stress sebab nanti takut stress kan anak pula.

Tahun lepas, bersungguh suruh dia buat revision sebab takut dia tak dapat jawab soalan peperiksaan. Bila tahun 2 dapat masuk kelas pertama, rasa stress terus hilang. Dia bukannya boleh masuk kelas yang lebih pandai, dia hanya boleh turun kelas je lepas ni. So, no pressure.

Kalau dia turun kelas pun, harapnya tidaklah lebih daripada kelas no 3. Zaman sekarang ramai pelajar pandai. Bukan macam dulu. Jadi, tak semestinya anak tu tak pandai bila tak dapat masuk ke kelas pertama. Paling penting yang perlu diingat, tak semestinya budak kelas belakang tu tak boleh berjaya dalam hidup. Hidup mereka masih panjang. Macam-macam boleh berubah, betul tak?

Setakat ni, Batrisyia nampak lemah dalam Matematik. Hairan juga la. Bila buat revision kat rumah, dia dapat jawab dengan betul. Bila exam, ada je yang salah. Salah tu macam salah kira. Tapi ada jugalah yang dia tak faham. Kita sekarang ni nak rileks-rileks je. Dia mungkin tak faham logik tu. Once dia faham konsep, insya Allah dia akan okay.

Sekarang ni dia suka melukis. Balik je rumah, mandi, buat jadual buku esok dan lepas tu dia dah duduk kat sofa. Tangan ada buku dan pensil. Mulalah dia lukis macam-macam. Nak panggil dia makan sampai nak kena marah sebab dia nak siapkan lukisan dia dulu T_T

And I told hubby, "Kalau susah sangat, biar besar nanti dia jadi illustrator". Hehehe.

Wednesday, October 05, 2016

Deepwater Horizon movie review


Kadang kala, kita perlu lupakan tragedi buruk yang telah berlaku. Tetapi sesekali, ia perlu diberitahu agar menjadi peringatan untuk orang lain. I suka tengok filem yang berdasarkan kisah benar. Setiap kali nampak ayat "based on true story", mesti nak tengok. Urm, except Titanic la kot. Hahaha, Titanic agak menjurus pasal kisah cinta yang dibuat-buat.

Deepwater Horizon adalah filem terbaru yang keluar di pawagam sekarang ni. Kalau korang ada masa, pergilah tengok. Filem ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 20 April, 2010.

The Deepwater Horizon drilling rig explosion was the April 20, 2010 explosion and subsequent fire on the Deepwater Horizon semi-submersible Mobile Offshore Drilling Unit (MODU), which was owned and operated by Transocean and drilling for BP in the Macondo Prospect oil field about 40 miles (60 km) southeast of the Louisiana coast. The explosion killed 11 workers and injured 17 others. The explosion caused the Deepwater Horizon to burn and sink. The same blowout that caused the explosion also caused a massive offshore oil spill in the Gulf of Mexico, considered the largest accidental marine oil spill in the world, and the largest environmental disaster in U.S. history.

Siapa yang rajin baca berita, mesti ingat pasal letupan ni. Kecoh juga masa tu kerana ia melibatkan tumpahan minyak yang banyak dan mencemarkan laut. Kalau dulu asyik baca berita, kali ni korang boleh dapat bayangkan letupan tu.

Filem berdurasi 107 minit dan seawal 30 ke 40 minit pertama, kita dibawa mengenali watak utama filem ini iaitu Mike Williams (Mark Wahlberg), Jimmy Harrell (Kurt Russell) dan Andrea Fleytas (Gina Rodriguez). Layan je walaupun Batrisyia banyak kali tanya, "Ummi, bila nak meletup?". Hehehe, dia dah tengok trailer. So tertunggu-tunggu letupan tu. Korang tak tahu apa-apa pasal oil rig? Takpe, bila tengok ni... rasa macam faham je. Ke I sorang je yang faham?

Bila oil rig tu meletup, masa tu la kita mula dapat rasai apa yang mangsa rasakan. Memang scene letupan tu kaw kaw dia bagi ko tengok. Melopong Batrisyia tengok. Siap jerit-jerit lagi. Marah sangat kat watak Donald Vidrine.

Kalau korang nak tahu apa yang best, sila tengok. Memang best la. Automatically akan rasa nak boikot BP.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.