Tuesday, August 09, 2016

Harry Potter and the Cursed Child book launch

31 Julai 2016 yang lalu merupakan hari yang bersejarah untuk peminat Harry Potter. Hehehe, bersejarah lah sangat kan? 31 Julai merupakan hari lahir penulisnya; J.K. Rowling dan ia juga merupakan tarikh lahir Harry Potter. Istimewanya tahun ni, buku terbaru dari edisi Harry Potter dilancarkan pada tarikh yang sama.

Tapi ialah bukanlah berformatkan novel seperti 7 buku yang sebelumnya. Harry Potter and the Cursed Child berformatkan skrip. Lebih tepat lagi, skrip pementasan teater yang diberi judul yang sama. Pementasan berlangsung di London, mestilah ramai yang tak dapat tengok. Jadi, peminat Harry Potter mula meminta agar ia diterbitkan dalam bentuk buku.

Kami ke Kinokuniya selepas subuh. Buku mula dijual tepat jam 7.01 pagi. Ada yang datang berseorangan. Ada yang datang dengan kawan-kawan. Ada yang dress up macam pelajar di Hogwarts.


Tengok tingkap ni pun dah rasa excited.


Seperti biasa, Kinokuniya ditukar menjadi Diagon Alley


Nak dapatkan buku-buku dunia Harry Potter, semuanya di sini


Mula-mula, bagi reference number dan ambil buku.
Lepas tu jangan lupa bayar pulak.


The Tales of Beedle the Bard.
Buku nipis sangat tapi harga mak aii, mahal.



Witches.


Quiditch. Excited juga nampak ni.





Pakai stripes sebab nak nampak macam Ron dan Hermione. LOL.

Siapa dah beli dan dah habis baca, angkat tangan!! Korang rasa cerita kali ni okay tak? No spoiler here okay. Seronok juga baca skrip macam ni. Imaginasi kena lebih. At one point rasa happy sebab ada watak lama yang kembali. Satu masa pula rasa macam eiii takutnya. Hahaha...

Kalau korang nak tahu apa yang happy apa yang takut, beli dulu buku ni tau.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.