Monday, November 21, 2016

Hadiah dari Althea

Psstt, orang lain dah lama kot membeli barangan kosmetik dan penjagaan kulit muka kat Althea. I baru nak mencuba. Bukan taknak beli kat situ. Cuma selama ni takde apa pun nak beli. Hehehe. Ni alang-alang nak dapatkan skincare product dari South Korea, kita beli je lah kat Althea. Nak terbang ke sana, tak tahu pulak bila kan?

Althea merupakan satu online shopping platform yang menawarkan pelbagai barangan kosmetik dan penjagaan kulit muka dari South Korea. Walaupun Althea ada pejabat di Malaysia, semua barangan yang kita order diterbangkan nun jauh dari sana. Malah, harga yang ditawarkan di Althea jauh lebih murah daripada harga di concept store produk tersebut di Malaysia. Jadi manalah orang tak giler shopping kat situ kan? 

Bersempena Singles Day tempoh hari, Althea ada buat promosi. Apa lagi, kita order la. Yang best nya Althea ni, semua barangan diletakkan di dalam box cantik. Jadi bila I dapat barang ni, it's like a present to me, from me. My birthday bulan lepas, ni dikira hadiah hari lahir untuk diri sendiri la kan? :)


My parcel kena tahan oleh pihak kastam selama 2 hari. Dup dap je masa tu. Sebab tak sabar sangat nak dapat barang-barang yang I order. Lepas 2 hari, barulah ia diserahkan kepada pihak delivery. Fuh, selamat. I was expecting the parcel in shocking pink color but nope. Bungkusan warna kelabu. Sekali dua kotak pink Althea hantar. Sebab banyak ke barang yang I order? Tak la banyak pun. Cuma banyak yang big sized packaging.






Semua barang dibungkus kemas dengan bubble wrap untuk mengelakkan barang daripada rosak.


Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel.
The Faceshop Rice & Ceramide Moisture Toner.
Etude House Moistfull Collagen Emulsion.
Skin Food Black Sugar Mask.
Innisfree Jeju Volcanic Blackhead Out Balm.
Nature Republic Super Aqua Max Watery Essence.
It's Skin Power 10 Formula VC Effect.



Yang bestnya Althea ni, korang boleh browse produk dari pelbagai brand di satu tempat. Siap boleh baca reviews dari pengguna lain. Jimat masa, jimat tenaga. Cuma kena kawal sikit perbelanjaan tu sebab memang akan rambang mata. Banyak tapi tak mahal pun. Lagipun dapat discount masa Singles Day. Memang berbaloi-baloi la.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.