Friday, October 14, 2016

Selamat menjawab soalan peperiksaan akhir tahun

Minggu depan, bermulalah peperiksaan akhir tahun selama 2 minggu. Seminggu di sekolah kebangsaan, seminggu lagi dia sekolah rendah agama. Tahun ni rasa kurang stress sikit. Entah la, taknak stress sebab nanti takut stress kan anak pula.

Tahun lepas, bersungguh suruh dia buat revision sebab takut dia tak dapat jawab soalan peperiksaan. Bila tahun 2 dapat masuk kelas pertama, rasa stress terus hilang. Dia bukannya boleh masuk kelas yang lebih pandai, dia hanya boleh turun kelas je lepas ni. So, no pressure.

Kalau dia turun kelas pun, harapnya tidaklah lebih daripada kelas no 3. Zaman sekarang ramai pelajar pandai. Bukan macam dulu. Jadi, tak semestinya anak tu tak pandai bila tak dapat masuk ke kelas pertama. Paling penting yang perlu diingat, tak semestinya budak kelas belakang tu tak boleh berjaya dalam hidup. Hidup mereka masih panjang. Macam-macam boleh berubah, betul tak?

Setakat ni, Batrisyia nampak lemah dalam Matematik. Hairan juga la. Bila buat revision kat rumah, dia dapat jawab dengan betul. Bila exam, ada je yang salah. Salah tu macam salah kira. Tapi ada jugalah yang dia tak faham. Kita sekarang ni nak rileks-rileks je. Dia mungkin tak faham logik tu. Once dia faham konsep, insya Allah dia akan okay.

Sekarang ni dia suka melukis. Balik je rumah, mandi, buat jadual buku esok dan lepas tu dia dah duduk kat sofa. Tangan ada buku dan pensil. Mulalah dia lukis macam-macam. Nak panggil dia makan sampai nak kena marah sebab dia nak siapkan lukisan dia dulu T_T

And I told hubby, "Kalau susah sangat, biar besar nanti dia jadi illustrator". Hehehe.

2 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Exam serentak semua sekolah kan.

Liz said...

Fiza> rasanya semua kot

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.