Wednesday, October 05, 2016

Deepwater Horizon movie review


Kadang kala, kita perlu lupakan tragedi buruk yang telah berlaku. Tetapi sesekali, ia perlu diberitahu agar menjadi peringatan untuk orang lain. I suka tengok filem yang berdasarkan kisah benar. Setiap kali nampak ayat "based on true story", mesti nak tengok. Urm, except Titanic la kot. Hahaha, Titanic agak menjurus pasal kisah cinta yang dibuat-buat.

Deepwater Horizon adalah filem terbaru yang keluar di pawagam sekarang ni. Kalau korang ada masa, pergilah tengok. Filem ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 20 April, 2010.

The Deepwater Horizon drilling rig explosion was the April 20, 2010 explosion and subsequent fire on the Deepwater Horizon semi-submersible Mobile Offshore Drilling Unit (MODU), which was owned and operated by Transocean and drilling for BP in the Macondo Prospect oil field about 40 miles (60 km) southeast of the Louisiana coast. The explosion killed 11 workers and injured 17 others. The explosion caused the Deepwater Horizon to burn and sink. The same blowout that caused the explosion also caused a massive offshore oil spill in the Gulf of Mexico, considered the largest accidental marine oil spill in the world, and the largest environmental disaster in U.S. history.

Siapa yang rajin baca berita, mesti ingat pasal letupan ni. Kecoh juga masa tu kerana ia melibatkan tumpahan minyak yang banyak dan mencemarkan laut. Kalau dulu asyik baca berita, kali ni korang boleh dapat bayangkan letupan tu.

Filem berdurasi 107 minit dan seawal 30 ke 40 minit pertama, kita dibawa mengenali watak utama filem ini iaitu Mike Williams (Mark Wahlberg), Jimmy Harrell (Kurt Russell) dan Andrea Fleytas (Gina Rodriguez). Layan je walaupun Batrisyia banyak kali tanya, "Ummi, bila nak meletup?". Hehehe, dia dah tengok trailer. So tertunggu-tunggu letupan tu. Korang tak tahu apa-apa pasal oil rig? Takpe, bila tengok ni... rasa macam faham je. Ke I sorang je yang faham?

Bila oil rig tu meletup, masa tu la kita mula dapat rasai apa yang mangsa rasakan. Memang scene letupan tu kaw kaw dia bagi ko tengok. Melopong Batrisyia tengok. Siap jerit-jerit lagi. Marah sangat kat watak Donald Vidrine.

Kalau korang nak tahu apa yang best, sila tengok. Memang best la. Automatically akan rasa nak boikot BP.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.