Thursday, July 21, 2016

Boleh jadi haru bila PC ada masalah

Rasanya budak IT je yang faham perasaan apabila dapat selesaikan masalah berkaitan PC dan network. Dah lama sangat tak rasa macam ni. Hahaha, sampai terus nak update kat blog eh?

Last Wednesday kan blackout sana sini. Memang PCs kat office ni jadi weng seketika. Apa perasaan bila ko dah setelkan masalah kat PC orang lain, tiba-tiba PC ko korang je yang tak elok-elok? Semalam aku rasa nak tarik rambut je kat office ni (padahal pakai tudung). Dari 8 pagi sampai 4 petang mengadap PC sendiri. Last-last ku fikir, "Ah, lantak lah! Esok sambung". Satu kerja pun tak dapat buat.

Actually, aku bukan dari IT Department pun. Tapi sebab boleh buat, aku tolong la setelkan masalah orang lain. Benda kecil. Sudahnya PC sendiri tak siap-siap. Haru weih. Nasib baik GST submission dah selesai. Kalau tak, MAMPUS!

Hari ni dengan lafaz Bismillah, cuba lagi. Pun tak jadi juga. Sampailah aku rasa macam masalah ni mesti ada kaitan dengan software lain. I tried to disable the antivirus system and viola! Terus okay tapi no protection la pulak. Takpe lah. Rasanya okay kot. Later kita selesaikan masalah antivirus ni pula.

Okay, nak kena siapkan kerja bertimbun ni. Harapnya selepas ni ada kerajinan nak update blog ni. Asik advert je yang masuk. Press release asyik dihantar ke inbox. Pasal press release ni lagi satu. Aku hairan lah juga. Kenapa ada sesetengah PR rajin sangat kerja blogger utk publish press release dia? Kalau aku diam, maknanya aku taknak publish. Lainlah kalau berbayar, wajib jugalah dia kejar.

2 scribble(s):

Norma NML said...

Betul tu..mati kutu la jwpnya sbb semua kerja ada kt dlm tu..hihi

Liz said...

Norma> Hari ni berdesup siapkan kerja :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.