Wednesday, June 15, 2016

Tarikan terbaru untuk kanak-kanak di Little Kingdom Kuala Lumpur

Nak tahu satu berita best untuk anak-anak tak? Untuk pengetahuan, ada satu edutainment park baru di Kuala Lumpur. LITTLE KINGDOM is a new place for your child to explore but beware, this kingdom is not small. Gerenti anak-anak korang suka!

Dirasmikan oleh Parkson Edutainment World, edutainment park ini seluas 40,000 kaki persegi. Ia memuatkan 35 "junior version" watak-watak dogeng yang terkenal seperti Little Snow White, Little Ciderella, Little Pinnochio dan Little Aladdin. Kenalah ada "junior version" kerana edutainment park ini dikunjungi oleh ramai kanak-kanak.







"The park has been constructed in a way that there is a story to tell behind every wallpaper where parents can create their own magical tales and moments with their children".

Tidak seperti children park yang lain di mana anak diberi kebebasan untuk meneroka sementara ibu bapa hanya tunggu di satu sudut, Little Kingdom menitikberatkan hubungan antara anak dan ibu bapa.  Di satu sudut, si bapa bermain pasir dengan anak. Di bilik yang lain pula, si ibu menjadi penumpang kereta yang dibawa oleh si anak. Jangan terkejut apabila melihat si bapa atau ibu pun bermain gelongsor! Memang seronok. Kami pula yang melebih lebih melompat kat playland. Ibu bapa boleh sama-sama meneroka segenap pelusuk Little Kingdom dan mencipta memori manis bersama anak-anak.


Kawasan luar Little Kingdom ni dah cukup cantik dengan biasan pelbagai warna lampu. Muka pun jadi bewarna warni sudahnya. Cantik.


"Cobblestone streets, colourful walls, miniature shops and eateries, bouncy soft play areas filled with slides, ball pits and tunnel to explore, Little Kingdom is not only a feast for the eyes but a dream playland that transports kids to a magical world and adults to their childhood memories"

I have to share the photo of a beautiful washroom for princesses. Kitorang yang perempuan ni terpegun tengok tandas ni. Siap ada sofa untuk ibu-ibu yang nak duduk sementara menunggu anak siap.

Selain daripada playland, Little Kingdom juga mempunyai 6 buah kelas bertemakan Little Genie House, Little Alice in Wonderland, Little Alien Spaceship, Little Beast Field, Little Cinderella Ballroom dan Little T-Rex Kitchen. Kelas-kelas ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti aerobik, menari, kraftangan dan memasak. Best kan? Untuk mengikuti kelas-kelas ini, kita perlu melihat jadual untuk hari tersebut kerana kelas-kelas ini tidak diadakan sepanjang masa.

Masa kami pergi, kami dapat masuk sejam awal. Jadi kelas masih kosong. Hanya riuh dengan gelak ketawa anak-anak bloggers yang hadir.

Little Beast Field

Little Alien Spaceship


Ada juga pertunjukan silap mata. Batrisyia dipanggil untuk jadi Charlie Chaplin.
Love love love them! Kami sama-sama menyanyikan lagu Lion Sleeps Tonight.

Nak buat birthday party? Apa kata buat di Little Kingdom? It has a huge themed event hall, Magical Castle that can cater for about 100 pax. Pakej hari jadi ini merangkumi akses ke edutainment park dan juadah untuk majlis tersebut. Jika ada bajet, bolehlah buat di Little Kingdom.

Jom tengok apa lagi antara permainan yang ada di sana.

Masa ni anak boleh cuba bawa kereta dan dapat lesen.

Tapi sebelum tu kenalah pergi kelas memandu.

Antara permainan di Little Alien Spaceship. 
Nak masuk ke kawasan ni, korang akan melalui gugusan bintang dan planet.
Cool!



Pit ball penuh kat kawasan gelongsor. 
Ibu bapa kanak-kanak ini pula seronok melompat kat trampolin.
Hehehe. Syok weih.

At Little T-Rex Kitchen

So the head chef named Tomato asked the children to prepare
"Father's Day's Sandwich". This is Batrisyia's version of his daddy.


Little Puss n Botts

Bersama 4 mascots yang datang buat surprise kat anak-anak kami.



Pendek kata, Little Kingdom ni memang tempat yang sangat sesuai untuk bawa kanak-kanak. Berani gerenti mereka taknak balik!

Little Kingdom terletak di aras 3, Parkson Maju Junction Shopping Mall. Dibuka dari 11.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari. Untuk keterangan lanjut, boleh hantarkan email kepada mereka di enquiry_lk@parksonedutainmentworld.com atau layari www.littlekingdom.asia and Facebook Page : https://www.facebook.com/Little-Kingdom-120765881613012.

Berikut merupakan harga tiket untuk masuk ke Little Kingdom.

Soft opening tickets promotion - 50% off single entry admission tickets
Malaysian
Single Pass - RM 40 (UP: RM80)
Partner Pass (1 Adult + 1 child) - RM65 (UP : RM130)
Family Pass (2 Adults + 2 children ) - RM 100 (UP : RM200)

Non Malaysian
Single Pass - RM 50 (UP: RM100)
Partner Pass (1 Adult + 1 child) - RM75 (UP : RM150)
Family Pass (2 Adults + 2 children ) - RM 125 (UP : RM250)

Current Special Promotions:
Birthday Party Package at RM 1,800 (Normal Price RM 2,400) for a minimum of 30 pax.
Package includes:
- 2 hours usage of the party hall (Magical Castle)
- Food and beverage
- Birthday cake
- Party decorations
- 4 "Little Kingdom" themes to choose from
- 1 mascot appearance
- 1 day of unlimited access within Little Kingdom which covers rides, games, activities, soft play area and others.

2 scribble(s):

Sal Amsyar said...

Harga tiket utk entry shj ke...atau kena byr lagi utk main kat dlm tu

Liz said...

Sal, bayar entrance fee je. Kat dalam semua percuma

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.