Thursday, June 02, 2016

Bergembira di Sunway Lagoon

Isnin lepas, kami ke Sunway Lagoon. Saja bawa Batrisyia jalan-jalan. Lagipun, kami tak pernah ke Sunway Lagoon. Batrisyia memang suka main air. Punya la excited dia sampai dia tak boleh tidur malam tu!





Panas terik seawal jam 9 pagi. Orang pun dah ramai yang beratur. Nasib baik ada special counter untuk yang dah buat booking dan nak redeem pass. Tepat 10 pagi, kami masuk ke taman tema air.

Puas main air! Oleh sebab kami pergi bertiga sahaja, kena cari permainan yang tiga-tiga boleh naik. Tapi ada juga lah kami berdua je yang main. Batrisyia standby tepi pakcik guard. Hehehe, pakcik-pakcik dan abang-abang guard tak kesah kalau kita minta tolong tengokkan anak kita sekejap.

No photos sebab dah kata pergi bertiga. Kalau bawa kamera, kat mana pulak nak letak kamera tu kan?

Lepas puas main air, kami tukar baju dan berjalan-jalan di sekitar Sunway Lagoon.





Siapa yang malas berjalan kaki, boleh tunggu tren. Kalau tak silap, ada 5 stesen. Boleh tunggu kat mana-mana stesen. Tapi agak lama juga la nak tunggu sebab tren akan berhenti selama 10 minit di setiap stesen.









Nak merasa naik tren, tunggu lah juga. Dah la hari panas terik. Kehausan! 

Tempat ni sangat sesuai untuk kanak-kanak. Untuk dewasa, ada beberapa permainan yang korang boleh cuba. Kalau terasa nak bergambar, kenalah bawa seorang yang boleh pegang kamera. Kalau dapat macam kami, memang takde gambar main air lah jawabnya!

1 scribble(s):

cik hani said...

kami last ke sana tahun 2008 kot..
beli tiket untuk waterpark dan outdoor games.
Rupanya tak sempat nak cover semua,
duk kat waterpark pun dah seharian suntuk.
nak balik baru masuk outdoor games.
sempat main 2game je

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.