Sunday, June 26, 2016

7 nikmat untuk berbuka puasa dengan yogurt sejuk beku

Raya hampir tiba. Minggu lepas, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli baju raya untuk Batrisyia. Oleh kerana Batrisyia berpuasa, kami membuat keputusan untuk shopping raya di waktu hampir berbuka puasa. Kalau pergi awal sangat, takut dia pula yang penat dan haus. Jalan selamat, pukul 6 petang baru kami sampai ke Pavilion Shopping Centre.

Oleh kerana waktu berbuka kami masih di Pavilion, kami bercadang untuk berbuka di sana sahaja. Cuma masalahnya kami tidak membuat sebarang reservation. Rata-rata kebanyakan restoran yang kami ingin kunjungi telah fully booked! Kami duduk di bangku berbekalkan sedikit minuman dan roti buat alas perut. Tak mengapalah. Kita solat dahulu, lepas tu boleh pergi makan.


Kami mengambil kesempatan untuk mencuba "LLIO LLIO". llaollao ialah satu jenama yogurt sejuk beku yang sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Selepas sehari suntuk berpuasa, yogurt boleh dijadikan pilihan untuk berbuka puasa kerana ia berkhasiat dan senang dihadam. llaollao dipadankan dengan pelbagai topping. Agak rambang mata juga nak memilih. Antaranya ialah:


Topping Crunches: Topping Crunches kaya dengan zat-zat penting seperti vitamin, mineral dan serat. Antara pilihan yang ada ialah bijirin, brittle, bijian berkaramel, muesli, biskut, kacang dan juga pilihan klasik seperti KitKat®, dan OREO®.

Buah-buahan: Mereka hanya menggunakan buah-buahan segar bermusim untuk memastikan kesegaran maksimum. Malah buah-buahan itu juga baru dipotong untuk memastikan semua kebaikannya tidak hilang. Kaya dengan serat dan vitamin, buah-buahan juga merupakan ejen pemulihan dan anti-oksidan untuk membantu anda melalui gaya hidup yang padat.

Sos: Ada banyak pilihan sos yang korang boleh pilih. – mangga, coklat, strawberi,  dulce de leche dan banyak lagi.


Seperti dijangka, Batrisyia pilih penuhkan yogurt dia dengan Oreo dan sos coklat

Kenapa yogurt sesuai untuk menjadi pilihan kita berbuka puasa?

1. Yogurt penuh dengan probiotik Lactobacillus dan streptococcus adalah bakteria yang membantu sistem pencernaan kita. Setelah berpuasa lebih 12 jam, badan kita perlu menyesuaikan dirinya untuk pengambilan makanan yang pertama, dan kehadiran probiotik membantu pencernaan.

2. Bermula secara ringan, Yogurt adalah amat sesuai untuk berbuka puasa kerana ia ringan dan senang dihadam. Berbukalah dengan secawan yogurt, dan menunaikan Solat Mahgrib dahulu sebelum menjamu selera penuh.

3. Untuk nafas yang segar selepas sehari suntuk berpuasa, tidak hairanlah nafas kita akan berbau. Jangan khuatir, kerana yogurt dapat membantu anda.

4. Penuh dengan khasiat, Yogurt sejuk beku llaollao mengandungi kandungan protein dan kalsium yang tinggi, manakala kandungan gula dan kalori adalah rendah. Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.  

5. Tambah buah-buahan segar untuk gizi yang seimbang. Di llaollao, buah-buahan segar dijadikan topping untuk meningkatkan nikmat rasa yogurt sejuk beku serta menjadikannya hidangan yang seimbang.

6. Topping dan sos dari Eropah akan merangsang anda. Selain buah-buahan segar, llaollao menawarkan beraneka jenis topping seperti sos dan topping Crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang. Selain itu, llaollao juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasik seperti KitKat® danOREO®.

7. Dan akhir sekali, rasa llaollao yang lazat! Tidak hairanlah kerana llaollao merupakan jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia.

Berasal dari Sepanyol, llaollao (disebutyao-yao) boleh didapati di sekitar Lembah Kelang, termasuk Pavilion, Mid Valley, One Utama, Sunway Pyramid, AEON Shah Alam dan Shell Taman Connaught. Di Pulau Pinang, llaollao terletak di Gurney Plaza. Khabarnya satu lagi kedai akan dibuka di Johor Bahru dalam masa terdekat.

Sesiapa yang nak cuba, bolehlah ke tempat-tempat di atas. Bagi kami, yogurt ini agak manis walaupun dimakan kosong. Jadi untuk mereka yang tak suka benda manis, boleh pilih topping dan sos yang lebih natural.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.