Monday, April 11, 2016

Descendants of the Sun memang best. Recommended!

Jarang kita jumpa drama bersiri yang boleh menaikkan semangat patriotik. Drama bersiri dari Malaysia lagilah tiada. Balik-balik kisah anak orang kaya yang ego dalam diam jatuh cinta dengan perempuan. Perempuan tu pulak kena kahwin paksa dengan hero. Itu sajalah acuan jalan cerita kat negara kita. Tapi kalau telemovie, memang banyak yang best dan sarat dengan iktibar. Telemovie memang kami suka layan. Kalau drama bersiri memang kirim salam. Dah la waktu siarannya waktu maghrib. Memang tak sesuai langsung.

I memang minat drama Korea tapi tengok gitu-gitu je la. Antara drama Korea yang membuatkan I tak boleh move on ialah Autumn in My Heart, Moon Embracing the Sun, My Love from the Star dan paling terbaru ialah Descendants of the Sun.

I love this scene. So do they.
From source

Mula-mula dengar tajuk drama ni, rasa macam "Eiii, ngada-ngada je. Bunyi macam Moon Embracing the Sun". Lepas tu tengok heronya Song Joongki pulak. Joongki ni kan bekas pemain Running Man. Heroin pulak Song Hye Kyo. Wah, macam best. Tapi kat rumah tiada Astro. Kebetulan dapat tengok masa balik Seremban. Masa tu sempat marathon dari episode 5 sampai 8. Menarik rupanya cerita ni! Balik dari Seremban, husband dapat cari platform untuk tengok online. Apa lagi, terus layan drama ni.

 4 watak utama yang memberikan lakonan terbaik.
From source

Drama ni agak lain daripada drama Korea yang I pernah tengok. Selalunya jalan cerita mesti hero dan heroin benci antara satu sama lain dan akhirnya jatuh cinta. Dalam DOTS ni tidak ye. Dari episod pertama, hero (Yoo Si Jin / Song Joongki) dah suka kat heroin (Kang Mo Yeon / Song Hye Kyo). Ending episod pertama, dah nak pergi dating tapi tak kesampaian. Kenapa? Haa, kenalah tengok kalau nak tau kenapa diorang tak jadi dating.

From source

Yang best pasal DOTS ni bukanlah pasal kisah cinta mereka. Ia sebuah kisah tentang perjuangan seorang tentera Special Force dan dedikasi seorang doktor. Seorang mengambil nyawa, seorang lagi menyelamatkan nyawa. Setiap episod ada aksi. Kalau tak silap, ada satu je episod tiada aksi tapi buat penonton rasa sedih pulak.

Minggu ni episod akhir. Siapa yang nak tengok online, boleh tengok di My Asian TV. Teaser untuk episod 15 agak mendebarkan. Siapa yang akan mati tu?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.