Tuesday, April 05, 2016

115 hari berehat sambil tengok Netflix dan Iflix

Setelah 115 hari bercuti, I kembali bekerja di tempat lama. Sedap weih duduk kat rumah. Best sebab semua kerja rumah dah disiapkan bila husband dan anak balik rumah. I spent my free time with Netflix and Iflix. Hahaha. habis semua drama bersiri lama dan baru I tengok semula. Memang lagha betul dua benda ni.

So kenapa kerja semula? Sebab bos panggil bekerja semula. Dalam bulan March, 3 kali dia called. Nak juga suruh kerja semula. Fikir punya fikir, I kembali.

Tapi.... ada tapi nye tu. I jumpa dia dah minta dia setuju beberapa T&C baru. Setelah semuanya okay, hari ni I kembali. Dapat bilik baru, assistant baru dan paling penting workload tak sakit kepala macam dulu. Sebab dah ada assistant, boleh la senyum sikit.

Yang paling tak disangka, dia setuju dengan gaji yang I minta iaitu tambahan 25% dari gaji terdahulu. Alhamdulillah sebab dia pejam mata je setuju.

Oh ye, sape layan cerita korea? Tengoklah Descendant of the Sun. Memang best cerita ni!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.