Saturday, March 12, 2016

Slime Sicles - Resipi aiskrim yang menyegarkan

Malaysia sedangkan mencatatkan suhu panas kerana El Nino sekarang ni. Bahang panas boleh terasa walaupun kita berada di dalam rumah. Kalau tengok kat meda sosial, ramai juga yang ambil kesempatan buat homemade ice cream and popsicle kat rumah.

Sempena Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards 2016 yang berlangsung, I nak share satu resipi aiskrim. Sambil tengok, boleh la sejukkan badan dengan Slime Sicles! Slime Sicles ni ialah aiskrim lemon yang sedap dan menyegarkan. Tak tipu ni. Belum cuma belum tahu. Jom buat!

Bahan-bahan yang diperlukan :

1/2 cawan gula
1/4 cawan perahan jus lemon segar
2 sudu besar parutan kulit lemon
Secubit garam
1 1/4 cawan buttermilk
Pewarna hijau dan kuning 



Alatan tambahan yang boleh digunakan jika ada


Cara membuatnya:

1. Masukkan gula ke dalam mangkuk adunan.

2. Diikuti dengan jus lemon.

3. Dan juga parutan kulit lemon.

4. Kacau menggunakan whisk sehingga gula larut.

5. Selepas itu, masukkan buttermilk. Kacau sebati.

6. Masukkan pewarna hijau dan kuning. Kacau sebati.

7. Agak-agak la pewarna tu. Kalau tak masukkan
pewarna kuning pun takpe. Cuma jangan masukkan pewarna
hijau banyak sangat.

8. Tuang ke dalam acuan aiskrim dan sejukkan sehingga mengeras.



Nota tambahan :

1. Boleh gunakan gula castor agar ia mudah larut.
2. Jangan parut kulit lemon hingga ke bahagian putih.
3. Tiada buttermilk? Boleh gunakan susu segar dan jus lemon. Untuk secawan susu, masukkan 1 sudu besar jus lemon dan biarkan susu tersebut selama 5-10 minit. If it looks slightly curdled, then yes, you have achieved what you needed the milk to do. Kalau jus lemon dah habis, boleh gunakan cuka makan dalam ratio yang sama.



Memang sedap, lebih-lebih lagi bila ada parutan kulit lemon. Terasa kesegarannya. Jangan lupa cuba kat rumah tau.

Paling penting, jangan lupa menonton Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards 2016 pada 14 Mac 2016, pukul 11.30 pagi dan ulangannya pada pukul 6.00 petang.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.