Tuesday, March 01, 2016

Number 11 : Participate in soup kitchen programme

Number 11 on my "What Do You Want To Do Before You Die?" is to participate in soup kitchen programme. Finally, we had a chance to do it.

2 minggu lepas, kami sekeluarga joined Zura untuk agihkan makanan melalui Pertiwi Soup Kitchen (PSK).

Soup kitchens exist around the world to provide basic meals to the homeless who go hungry in the streets. We are blessed that hunger in Malaysia is not a matter of not having any food at all, but whether those in need are getting enough wholesome food on a regular basis. PERTIWI Soup Kitchen was established to provide free wholesome meals to the homeless at various locations around Kuala Lumpur four nights a week.

Dah lama nak ikut mereka serahkan makanan tapi tak pergi-pergi hinggalah satu hari, Zura (kawan blogger) buat annoucement kat FB dia untuk sesiapa yang nak dermakan pakaian untuk dia bawa masa dia nak ikut PSK. Dari situ, I whatsapp dia. Nak join sekali lah. Tolong-tolong dia sebab dia pun pergi dengan family dia sahaja. Dia bawa 500 biji donut untuk malam tu.


Hari Jumaat malam, kami berkumpul di Medan Tuanku pada jam 9 malam. First time kan, jadi kenalah ikut arahan orang yang dah lama. Volunteer yang dah lama join banyak membantu dan beri tunjuk ajar. Basically, PSK akan sediakan makanan untuk 500-550 gelandangan. Untuk volunteer yang nak bawa makanan, terpulanglah nak bawa banyak mana. Sikit atau banyak tu tak penting. Mereka akan susun meja makanan mengikut jumlah makanan yang disediakan. Dari yang paling banyak hingga ke paling sedikit. Jadi bila yang paling sedikit tu sudah habis makanannya, mereka boleh lipat meja. Maka barisan meja tu takkan putus, memudahkan volunteer untuk distribute makanan.


Bila ikut kumpulan macam ni, jangan buat hal sendiri je. Dengar arahan dan ikut betul-betul peraturan mereka walaupun kita yang sediakan makanan. Ye la, orang kata... makanan aku, suka hati aku lah nak bagi mcm mana. No no no! Jangan buat begitu ye.


Masa kami ikut ni, kami distribute makanan di Medan Tuanku (MT), Dang Wangi (berhenti sekejap je sebab ada homeless people yang menunggu di situ) dan last stop kat Kotaraya.




Dari apa yang I lihat, homeless people kat MT adalah campuran warga tua, keluarga dan mereka yang bekerja. Kotaraya pula kebanyakannya orang yang bekerja kot. Jarang sangat nampak satu keluarga beratur.

Anak Zura namanya Iris. Iris dan Batrisya tak menang tangan beri makanan kat mereka yang beratur. Volunteer kata tak perlu masukkan dalam plastik kecil. Boleh je terus masukkan kat brown bag yang mereka pegang. Tapi sebab kanak-kanak ni nak menolong, kami masukkan juga la dalam plastik untuk memudahkan kanak-kanak ni bagi kat mereka.








It was fun and we felt sad at the same time. Pengalaman ni membuka mata semua orang terutamanya kanak-kanak tentang betapa ramainya orang yang memerlukan bantuan makanan. For some homeless people, makanan tu mungkin satu-satunya makanan yang dia dapat untuk hari tu. Berlapar sejak pagi, malam baru dapat makanan :(

Kalau korang rasa nak jadi volunteer, boleh ke Pertiwi Soup Kitchen facebook. Kat situ ada info tentang hari-hari yang mereka buat distribution. Tak semestinya nak kena ikut setiap hari serahan. Jadilah volunteer bila ada masa terluang.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.