Wednesday, March 02, 2016

Mencari yang lain, tapi kami juga yang dapat

Semalam, sepatutnya I menghantar Wondercheese kepada pelanggan. Elok pukul 5 petang nak keluar rumah, kereta buat hal. Berkali-kali minta maaf kepada pelanggan. Dia pun kata tak apa, nak buat macam mana kalau kereta dah rosak. Jadi I bercadang untuk hantar kepada dia hari ni. Dia kata tengoklah dulu, kalau jadi dia akan beritahu.

Alamak, adakah dia tak percayakan I? Mungkin dia ingat I buat alasan. Eh, kena bersangka baik. Tapi I fikir takpe la, bukan rezeki aku. Kalau rezeki tu kita punya, nanti pelanggan tu contact la kita. Tapi dia tak contact pun malam tu.

Hari ni, husband cakap ada satu pelanggan contact dia untuk dapatkan Wondercheese. Katanya di tempat yang sama seperti pelanggan semalam. Bila check phone no, sahlah orang yang sama. Hehehe, nampaknya dia memang dah tak percayakan saya. Agaknya mesti dia terkejut bila husband beritahu nanti.

Itulah dia. Kalau rezeki tu kita punya, kita tetap akan dapat.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.