Thursday, March 17, 2016

Fobia sangat dengan tandas awam... euwwwwww

Ada sesetengah orang alergi dengan sesetengah makanan tapi I pula alergi dengan tandas awam. Tak ingat sejak bila ia bermula tetapi apabila masuk ke universiti, I sudah mula memilih tandas awam. Haaa, tandas awam pun nak kena pilih tau. Antara perkara wajib yang I akan pastikan sebelum menggunakan tandas awam ialah :

 - Tandas mesti bersih dan tidak berbau.
- Tisu tandas dan sabun cuci tangan ada disediakan.
- Lantai tandas tidak berair.
- Bakul sampah tidak penuh.

I can only upload a photo of clean toilet.
Like I said, I allergy to public toilet.


Eii, bersih ke tak toilet kat sini?


I have so many bad stories about public toilet. Apabila dah terpaksa gunakan tandas awam yang kotor dan busuk, masa itulah pengalaman buruk tercipta. Tandas busuk? Tahanlah nafas sambil membuang air. Kadangkala tiada air tapi pihak pengurusan tidak meletakkan tanda peringatan di tandas. Pernah sekali, I terjumpa pad berdarah yang melekat di dinding tandas. Teruk betul kan? Itu okay lagi. Adik I pernah masuk ke tandas awam di mana penuh darah kat mangkuk tandas. Yucksssssss! Menaip tentang hal ni pun membuatkan I rasa nak termuntah! I REALLY HATE PUBLIC TOILET.

Selalunya I hanya gunakan tandas awam di pusat membeli belah. Kat sanalah I boleh gunakan tandas awam dengan rasa gembira. Hahaha. Mana tak, tandas bersih. Bau wangi. Tisu tandas dan sabun cuci tangan pun sentiasa ada. Kalau terpaksa ke tempat yang mana tandas awamnya busuk dan kotor, I akan pastikan I tak minum air 2 jam sebelum ke sana.  Macam mana kalau I berhadapan dengan tandas yang kotor?

BAU BUSUK DAN HANCING
- Kenalah tahan nafas atau bernafas melalui mulut agar hidung tak terbau tandas yang busuk dan hancing tu.

TIADA TISU TANDAS DAN SABUN BASUH TANGAN
- Selalunya I akan tanya cleaner samada dia boleh refill dua benda ni atau tak. Kalau dia kata tak boleh, perkara pertama yang I akan cari selepas keluar dari tandas ialah cari tempat untuk cuci tangan. Rasa kotor sangat tangan kalau tak dicuci bersih dengan sabun.

LANTAI BASAH, TIADA HOSE DAN TIADA AIR
- Apa lagi, lariiiiiii! Memang takkan gunakan walaupun terpaksa tahan nak buang air.


Tapi kalau dah terpaksa, nak buat macam mana kan? Masa inilah pentingnya ada tisu tandas basah.

Menerajui usaha untuk menyokong penggunaan tandas awam yang lebih positif dan standard yang lebih baik dalam pembersihan peribadi di kalangan rakyat Malaysia, Kleenex®, jenama peneraju dunia dalam produk pembersihan peribadi, telah memperkenalkan penyelesaian ringkas yang boleh digunakan dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja iaitu Tisu Tandas Basah Kleenex®.


Tisu Tandas Basah Kleenex® adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia direka mengikut keperluan pengguna untuk pembersihan di luar rumah. Selamat untuk dipam dan hipoalergenik, Tisu Tandas Basah Kleenex® diformulasikan dengan air yang ditapis sebanyak 9-peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan dan lembut dan halus di kulit, memberikan rasa lebih bersih dan segar kepada pengguna selepas menggunakannya (*)

 * Dinasihatkan untuk mengepam tidak lebih daripada 2 helai tisu pada satu masa. 
 Tidak sesuai untuk digunakan di dalam tangki septik.



Yang paling best, bungkusan kecil ini mudah dibawa ke mana-mana dan senang untuk digunakan. Masukkan dalam handbag pun boleh! Dan baunya wangiiii.

Tisu Tandas Basah Kleenex boleh didapati dalam dua saiz:

1) Pek 10 helai - RM  2.10 atau bungkusan nilai-jimat tiga pek - RM 5.80
2) Pek 40 helai - RM 7.40



Dapatkan pek sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan setahun Tisu Tandas Basah Kleenex® dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my. Pengguna juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan produk terbaharu ini di media sosial dengan menggunakan hashtag, #KleenexSurvivalGuide

video



Sebenarnya, setiap orang boleh memainkan peranan dalam menjaga kebersihan tandas awam. Sebagaimana kita menjaga tandas di rumah, kita seharusnya melakukan perkara yang sama di tandas awam. Selepas menggunakannya, pastikan tandas dipam. Jika lantai tandas kotor, tidak salah jika kita menjirus lantai dengan air bersih. Sebelum keluar dari situ, pastikan tandas bersih untuk digunakan oleh orang seterusnya. Mudah kan?

1 scribble(s):

shahed Latif said...

Memang setiap orang perlu menjaga kebersihan tandas... tapi realitinya tidak. http://www.facebook.com/freshoneok boleh membantu menghapuskan serta merta kesan urine dalam tandas dan menghilangkan bau hancing.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.