Wednesday, March 09, 2016

Belajar sesuatu daripada gerhana mahatari

Siapa tengok gerhana matahari pagi tadi, angkat tangan! Ada yang cuba tengok dengan mata kasar. Fuh, pagi tadi kan cahaya terik. Tak bolehlah macam tu. Ada yang guna tengok filem kamera. |Ada yang tengok guna Xray, nampaklah chest kat situ. Hehehe.


Gerhana telah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi. Cuma pada ketika itu, tiada sebarang pemahaman tentang bagaimana ia berlaku. Apabila tibanya gerhana matahari, baginda berasa risau dan takut kerana menganggap ia satu petanda kiamat. Rasulullah akan bersegera menunaikan solat gerhana agar ia cepat berlalu. Kerana mungkin Allahn akan membiarkan gerhana itu berlarutan dan seterusnya puratan matahari akan bergerak bertentangan dari normal dan menyebabkan bermulanya kiamat.

Kerana itu kita digalakkan melakukan solat sunat gerhana sebagai peringatan kepada diri sendiri. Dalam masa yang sama, kita sendiri akan berasa kagum melihat kebesaran kuasa Allah yang berupaya menjadikan fenomena tersebut. Kalau mitos dahulu kala, mereka kata syaitan telah menelan matahari.

Selain daripada tu, guru Sains di sekolah boleh menggunakan peluang ini untuk mengajar tentang "gravitational impact" sewaktu proses gerhana matahari. Semasa proses ini, tarikan graviti menjadi sangat kuat sehingga membolehkan sebutir telur "berdiri" dengan sendirinya.

Agak kecewa kerana guru di sekolah Batrisyia tidak menggunakan peluang ini untuk mengajar murid-murid. Semasa gerhana berlaku, Batrisyia sedang menduduki ujian di SRA. Ujian tu habis pukul 9 pagi. Semalam ada tanya guru kelas samada mereka akan buat solat sunat gerhana atau tidak. Katanya tidak. Sayang sungguh. Bukankah lebih bagus jika dibuat pagi tadi. Sekurang-kurangnya murid lebih faham tentang fenomena ni.

Jauh berbeza dengan guru di tadika Batrisyia. Tahun ni, seramai 26,000 pelajar di tadika Little Caliph di seluruh Malaysia telah melalukan solat sunat gerhana matahari pagi tadi. Alhamdulillah dan tahniah kerana mengambil peluang untuk mengajar pelajar sewaktu fenomena ini berlaku.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.