Monday, February 15, 2016

Mesti sama-sama bertanggungjawab

Masa CNY aritu, kecoh sekejap tentang seorang FB user yang cakap isteri sepatutnya rasa bersalah bila suami pegang penyapu. Siapa yang dah baca entries user tu, mesti tahu la rentetan apa yang jadi.

I completely disagree with her opinion. Baik isteri tu bekerja mahupun suri rumahtangga, suami tetap perlu mainkan peranan. Masa I bekerja, husband banyak tolong buat kerja rumah sebab sama-sama penat. Bila  I dah tak bekerja, dia masih tolong buat kerja rumah. Cuma dia rileks sikit la sebab banyak kerja rumah dah dibereskan waktu siang. Cuma tinggalkan kerja sikit-sikit untuk dia. Do I feel guilty?

Absolutely NOT. What? Hanya kerana seorang isteri tu tak bekerja, tak bermakna suami boleh goyang kaki. Tolong sikit-sikit apa salahnya kan? Kalau sampai tak menolong, tu maknanya isteri tu orang gaji kita. Cuma yang sedihnya, isteri yang macam orang gaji tu tak dibayar gaji bulanan.

Don't start talking about responsibility. Ya, seorang lelaki bertanggungjawab menyediakan keperluan asas dan seorang isteri  kenalah menolong suami mengikut kemampuan kudratnya. Tapi dalam masa yang sama, setiap pihak perlu ada sifat belas ihsan. Hanya kerana lelaki perlu sediakan semuanya, tak bermakna perempuan kena demand. Sama juga sebaliknya. Hanya kerana perempuan nampak macam boleh siapkan semua kerja, tak bermakna keringatnya perlu diperah.

Sama-sama penat kot. Kalau taknak berkongsi tanggungjawab, jangan kahwin. Hehehe.

3 scribble(s):

cik hani said...

Ohh...viral pasal ni..ada jugak baca...
Bagi saya sama-sama buat kerja rumah lagi ok.
Tapi kalau isteri memang willing nak buat, tak pe la..

Ainul Mustafa said...

betul setuju. lagi2 bila ada anak. baru kemas sepah balik. mana tak stress. husband & wife kena sama sama bantu . isteri buat itu, husband buat ini. Rasullullah pun membantu isteri dia buat kerja rumah. bukan kah itu mengeratkan kasih sayang. ewahhh!! hihihi

Liz said...

cik hani > mmg rasanya semua isteri willing nak buat. tapi tak boleh sampai melabel isteri yang minta tlg suami buat kerja rumah :)

ainul> hehehe, saya tak rasa bersalah pun bila husbad vacuum dan mop lantai satu rumah. adakah daku bersalah? tak rasanya.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.