Wednesday, February 17, 2016

Al Fatihah untuk rakan yang telah pergi

Semalam, kami dikhabarkan berita tentang pemergian kawan sekelas Batrisyia. Arwah menghidap Stevens-Johnson syndrome. Dimasukkan ke hospital pada 23 January 2016. Batrisyia sekelas dengan arwah di sekolah kebangsaan dan sekolah rendah agama. Tiada parents lain yang tahu arwah sakit. Malah keluarganya tidak memberitahu guru sekolah agama. Hanya guru sekolah kebangsaan sahaja yang tahu.

Sebenarnya kesihatan arwah semakin pulih. Kulit di badan pun semakin okay. Tapi menurut cerita ibunya, malam tu arwah diserang demam panas, muntah susu dan tekanan darah menjadi rendah akibat kuman yang telah menyerang paru-paru.

Batrisyia dah banyak melihat kematian sepanjang hampir 8 tahun dia hidup. Jadi, dia dah biasa. Cuma katanya satu kelas sedih bila sedekahkan Al-Fatihah dan Yasin untuk arwah. Batrisyia kata arwah baik orangnya. Kami tak sempat melihat jenazah kerana arwah dikebumikan selepas Asar. Batrisyia pula habis sekolah pukul 6.40 petang. Pergi juga ke rumah arwah untuk berjumpa ibu ayahnya.

Al Fatihah untuk arwah Haziq bin Abdullah Thani.



2 scribble(s):

cik hani said...

al fatihah untuk arwah..
insyaallah syurga untuknya..

Wan Amira Wan Salleh said...

alfatihah - anak syurga

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.