Friday, January 29, 2016

Kononnya jetlag

Kisahnya sejak balik dari umrah, dah tak boleh masuk tidur seperti waktu biasa. Beza waktu di Malaysia dan di Mekah/Madinah ialah 5 jam. Selalunya lepas solat Isyak, makan, jalan-jalan kat kedai Madinah tu.. tidur sekitar jam 11 ke 12 tengah malam. Masa tu Malaysia jam 4 ke 5 pagi.

Sekembalinya ke Malaysia, dah tak boleh nak tidur tengah malam dah. Mata ni taknak tutup langsung. Segar bugar. Orang lain dah lena melayar mimpi, I terkebil-kebil. Penat macam mana pun badan, tak boleh tidur. Selalunya terlena lepas pukul 3 pagi. Pernah sekali, dapat tidur jam 4.15 pagi. Masa hari tu, pukul 5.45 pagi dah bangun.

Stress! Mengantuk!

Minum susu, mandi air panas, mandi air sejuk, kira berapa ekor kambing... eh.... semua dah buat. Masa tu badan sangat penat sebab tak cukup tidur. Garang la sekejap. Sape yang ngade-ngade cari pasal nak bergurau, memang kena marah la. Orang mengantuk, lag dikacau.

Tapi akhinya perkara ni berakhir hari Isnin lepas. Alhamdulillah sejak tu, dah boleh tidur awal. Nikmatnya dapat tidur macam biasa.

Dan yang best nya, dapatlah minum kopi semula. Yehaaa!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.