Monday, December 07, 2015

Clini-Shield 10 baru dari Lifebuoy

"Jangan main kotor. Banyak kuman!". Ini salah satu larangan daripada ibu bapa yang sudah biasa didengar oleh kanak-kanak. Tapi adakah kita hanya boleh terkena kuman apabila bermain kotor?

Sebenarnya, kita boleh terdedah terhadap kuman melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah melalui sentuhan. Melalui mata kasar, persekitaran kita mungkin nampak bersih dan cantik tetapi sebenarnya terdapat kuman di sekeliling kita. Apabila kita menyentuh sesuatu permukaan yang mempunyai kuman dan seterusnya kita menggunakan tangan kita untuk menyentuh muka dan mungkin luka yang ada di badan kita, semasa itulah kuman akan "berpindah" ke tubuh badan kita.

Menggunakan produk anti bakteria merupakan salah satu langkah mudah untuk melindungi kulit kita. Sabun anti bakteria amat sesuai digunakan sewaktu mandi tetapi harus diingat. Pilihlah sabun anti bakteria yang tidak merengsakan kulit. Jika kulit badan kita menjadi rengsa, amat mudah untuk kuman masuk ke dalam badan.

Menyedari hakikat ini, Lifebuoy dengan teknologi Activ Naturol Shield serba maju memperkenalkan Clini-Shield 10. Sabun badan antibaktria yang baru dilancarkan ini menyediakan perlindungan kuman 10 kali dan penjagaan kulit yang lebih baik untuk perlindungan badan secara menyeluruh.



Ia mengandungi kombinasi ramuan bersinergi dan didapati secara semula jadi dalam sap pokok pain dan daun thyme yang tidak merengsakan kulit dan berupaya mengurangkan kuman dengan lebih berkesan sewaktu mandi. Lifebuoy Clini-Shield 10 juga melembapkan kulit, menjadi gandingan terbaik anatra pembersihan dan penjagaan.



Lifebuoy Clini-Shield 10 disediakan dalam bentuk sabun buku dan cucian badan dalam dua pilihan berbeza iaitu Lifebuoy Clini-Shield 10 Complete dengan Activ Naturol Shield dan juga Lifebuoy Clini-Shield 10 Fresh dengan Activ Naturol Shield.



Pencegahan sememangnya lebih baik daripada rawatan dan sebenarnya, kita hanya perlu mengambil langkah mudah untuk menjaga kebersihan melalui pemilihan sabun mandi yang memberikan perlindungan lebih baik terhadap kuman.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.