Tuesday, September 29, 2015

Jika kita berusaha, rezeki ada di mana-mana

"Music can change lives. Whether you are having a good or bad day, the power of music can change one's mood" ~ Jess Bowen

Which is true. Music dan I memang tak dapat dipisahkan sejak kecil. Sampai la ke besar jadi mak orang ni, masih minat music. Dah "berjangkit" kat Tisya pulak sebab dia pun memang sukakan music. Kalau setakat kitorang berdua karaoke dalam kereta tu, dah biasa sangat dah.

Now. I'm listening to Fight Song by Rachel Platten. Dah lama suka lagu ni. Catchy tapi tak la macam wow sangat. Cuma lirik tu memang kena sangat la dengan suara dia. Sesapa yang rasa give up tu, boleh la dengar lagu ni untuk naikkan semangat korang. I'm not giving up, yet :)

So, tentang hal kerja yang I ada cerita di entry sebelum ni. Setelah berbincang hati ke hati dengan hubby, kami sebulat suara buat keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut. I said "No thanks" to the HR. Mesti diorang hairan sebab aritu beriya pulak nak kerja situ. Hehehe.. Takpe la sis, insya Allah ada rezeki di tempat lain. Anak ada seorang tu je la. Baru 7 tahun. Banyak lagi perkara yang kami perlu hadapi bersama. Nanti dia kurang kasih sayang pulak.

October is coming. Yeay! Untuk October kali ni, jadual sangat padat. Takut nak tengok kalendar sebab sana-sini penuh dengan note pelbagai majlis.Tapi event paling penting ialah Tisya nak final exam 19th October ni. Kesian dia asyik kena suruh buat revision. Kami tekankan subjek DST dan Maths sebab nak dia score. Dia selalu buat careless mistake. Banyak markah hilang. Harapan kami besar, nak tengok dia masuk kelas hadapan. Bukan sebab nak rasa bangga tapi bila masuk kelas hadapan, persaingan tu kuat. Kami nak dia sentiasa bersaing dengan kawan-kawan. Semoga dia berjaya jawab soalan exam kali ni.

Wednesday, September 23, 2015

Berimaginasi bersama PLAY-DOH

Kanak-kanak sememangnya mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Kita sebagai ibu bapa hanya perlu memberi dorongan agar mereka meneroka imaginasi tersebut, menjadikan mereka lebih kreatif dan pandai berfikir. Sebab tu sekarang ni, ada banyak permainan kanak-kanak yang dicipta khas untuk meransang minda mereka. Mainan didatangkan dalam pelbagai fungsi dan berwarna-warni.



Salah satunya ialah Play-Doh. Dihasilkan dalam pelbagai warna yang menarik, kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan memang suka bermain dengannya. Mereka akan cuba menghasilkan pelbagai ukiran mengikut daya imaginasi mereka sendiri. Silap-silap, mak dan ayah pun akan turut serta :)



Melalui Play-Doh, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Anda dan anak boleh mula "Membina Komuniti Ceria" dengan tips berikut.

Langkah 1 : Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2 : Jelmakan idea menggunakan bahan Play-Doh. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3 : Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!

Saja tanya Tisya tentang Malaysia. Dia jawab "Rama-rama sebab warna warni macam Malaysia".  Jadi jom buat rama-rama!

Perkara pertama yang dia nak buat ialah sesungut

Badan warna kontra tapi cantik!

Close up

Tadaa!

Bermula dari 21 hingga 27 September ini, kanak-kanak berpeluang untuk menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH. Orang dewasa pun boleh turut serta. Masa ini bolehlah tunjukkan bakat anda untuk menghasilkan ukiran Play-Doh.

Untuk pengetahuan, anda juga boleh turut serta dalam cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran Play-Doh paling banyak dalam satu hari pada 26 September ini di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama. Pada hari tersebut, rekaan anda akan dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysua dan ukiran yang paling kreatif akan memenagi hadiah Play-Doh yang menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Play-Doh di www.playdoh.com

Thursday, September 17, 2015

Keputusan sukar

I am in dilemma.

Rasanya ramai dah tahu kot yang I buat keputusan untuk cari kerja lain tahun depan. I already marked the calendar in my office. Dah beritahu supervisors, big boss je tak tahu lagi. Ada reason kenapa I tunggu sampai tahun depan.

Cuma baru-baru ni, ada satu company buka vacancy for its new office. I love their working environment. So decided to try my luck. Fikir-fikir, maybe mereka lambat lagi nak ambil masa untuk buat keputusan sebab interview kat situ ada beberapa steps.

Hampir sebulan selepas 1st interview, I dipanggil untuk 2nd interview. When I say that I love their working environment, I really mean it. Diorang semua sempoi je. Tak la muka serious sangat kan? Interview pun macam berborak dengan kawan je (walaupun soalan tough la juga). Bagi mereka, semua orang sama taraf. Baik manager, supervisor sampai la kepada orang paling bawah. Tiada istilah "atas-bawah" dalam company ni.

From 2nd interview, I dah capai tahap 90% untuk dapat kerja tu. Now its up to HR to come up with the offer. Kena tengok I setuju dengan gaji yang ditawarkan atau tak.

Truthfully, I really want to work with them. Sebenarnya I minta jawatan lain tapi mereka offer jawatan lain. Tapi I berfikiran jauh. Kat situ, senang nak pindah department, senang nak naik pangkat. Asalkan performance bagus. It's like the scene in Confession of the Shopaholic. Once you got in, you got in. Bergantung kepada sejauh mana ko nak push diri ko untuk dapat jawatan yang ko nak.

There's a "but".

The working environment is totally different from my current work. Kerja 6 hari seminggu. Maybe masa dengan family akan berkurangan. So far, tak nampak lagi bila boleh balik kampung. I taknak satu hari nanti rasa menyesal bila banyak terlepas event keluarga.

I'm still thinking.


Tuesday, September 08, 2015

Bersyukur selalu

Hidup takkan ke mana jika kita selalu compare diri kita dengan orang lain. Selalu pandang orang lain dapat lebih. Rasa Allah tu tak adil dengan kita. Pernah rasa macam tu? Bohong kalau tak pernah rasa macam tu kan? Tapi kita perlu cepat istigfar dan sedar bahawa Allah tu Maha Adil. Cuma kita je tak nampak.

Contoh....

Ada isteri hidup dalam kemewahan tapi suami curang.
Ada isteri hidup dalam serba sederhana tapi suami setia.

Ada parents punyai anak ramai tetapi ada antara anaknya yang rosak akhlak.
Ada paernts yang punya anak seorang tapi yang seorang tu la penyeri hidup.

Ada suami yang punyai isteri cun melecun tapi tak pandai masak.
Ada suami yang punyai isteri biasa sahaja tapi masak tip top.

Ada orang bergaji besar tapi masih menyewa rumah orang.
Ada orang bergaji kecil tapi berkat menyimpan duit, dia boleh beli rumah sendiri.

Ni contoh yang mudah untuk dihadam oleh otak. Did you see that?

Macam Prof Dr. Muhaya cakap, bila selalu bersyukur, hidup akan bahagia. Kenapa bahagia? Sebab kita takkan rasa serba kekurangan. Allah ada kurang bagi kita kat satu bahagian tapi bahagian lain Dia ada bagi lebih.

Kita kena buka mata untuk tengok apa yang lebih. Jangan asyik tengok apa yang kurang. Peringatan untuk diri sendiri juga ni :)


Monday, September 07, 2015

Jerebu yang tiada kesudahan

Kenapa la teruk sangat jerebu 2-3 hari ni. Cheras antara kawasan yang akan direkodkan bacaan IPU. Jadi memang sentiasa boleh check betapa teruknya IPU kat kawasan rumah kami. Keluar rumah waktu pagi, dunia dah kelabu. KLCC Twin Tower pun tak nampak dari jauh!

Jerebu ni dah jadi perkara biasa pulak. Kata nak ambil tindakan tapi makin lama, makin banyak hotspot yang dicatatkan di Indonesia. Berjanji pakai mulut je ke? I wish we can sue Indonesia and ask them to pay, buat macam kena bayar denda kepada negara jiran yang menjadi mangsa ni.

I can't stand this haze. Sedangkan asap rokok pun dah tak suka, apatah lagi jerebu macam ni. Rasa "lemas"!

To all, kalau boleh elakkan outdoor activities. Kalau terpaksa keluar juga, pakai mask. Banyakkan minum air masak sebab boleh jadi sakit tekak kalau IPU dah sampai ke tahap tak sihat.

Tuesday, September 01, 2015

Merealisasikan Impian bersama Sunsilk

Setiap wanita muda yang memakai hijab mempunyai impian seperti wanita lain - cita-cita untuk dicapai dan kisah untuk diceritakan. Sunsilk sentiasa komited untuk memperkasakan wanita berhijab supaya mencapai impian dan berkongsi kisah mereka. Tahun ini, Sunsilk bekerjasama dengan Astro untuk menyediakan platform kepada wanita berhijab, yang bercita-cita untuk merealisasikan impian mereka melalui kempen Kecapi Impianku Bersama Sunsilk.


Banyak cerita yang unik dan berinspirasi tentang wanita berhijab yang masih belum diceritakan. Dengan kempen ini, Sunsilk mengambil langkah ke hadapan dalam berkongsi kisah kejayaan tiga model peranan - penyanyi Najwa Latif, pengarah Melissa Saila dan wartawan penyiaran Khairunnisa Kasnoon - untuk memberi inspirasi kepada wanita muda yang berhijab agar membantu membimbing mereka ke arah yang betul. Setiap model peranan akan membimbing seorang anak didik muda untuk dimentor dalam industri masing-masing.



Kerjasama dengan Astro ini akan menampilkan tiga orang wanita berhijab untuk memulakan perjalanan yang mengubah hidup ini - satu untuk setiap mentor, Najwa, Melissa dan Khairunnisa, untuk membimbing mereka dalam industri masing-masing, iaitu muzik, filem dan wartawan penyiaran. Calon-calon mesti menunjukkan kesungguhan mereka dalam mencapai cita-cita dalam bidang muzik, filem atau kewartawanan. Ketiga-tiga peserta akhir yang terpilih tidak akan bersaing; sebaliknya mereka akan melalui pengalaman untuk belajar daripada mentor yang ditetapkan.

Perjalanan anak didik muda ini bersama mentor mereka akan didokumenkan dalam siri episod pendek. Episod-episod akan menunjukkan pengalaman calon belajar daripada Najwa, Melissa dan Khairunnisa, disamping menceritakan kisah calon-calon ini yang diperkasakan untuk mencapai impian mereka. Siri ini akan mengandungi 10 episod yang akan ditayangkan di Astro hlive! dan dimuat naik ke laman web Astro Gempak. Episod Kecapi Impianku Bersama Sunsilk akan disiarkan sebagai segmen khas lima minit di hlive! setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat jam 8.30 malam bermula 14 Oktober, 2015, secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Awani (saluran 501).

Dengan keyakinan yang datang daripada rasa kulit kepala yang bersih dan segar, gadis berhijab yang berbakat kini boleh merebut peluang untuk mengambil langkah pertama mereka ke dalam industri pilihan mereka - sama ada muzik, filem atau kewartawanan. Jenama ini sedang mencari wanita muda berhijab berumur 18 hingga 29 tahun, yang bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian mereka dalam industri muzik, filem atau kewartawanan. Panggilan untuk penyertaan Kecapi Impianku Bersama Sunsilk dibuka pada 11 Ogos 2015, dan akan ditutup pada 6 September 2015. Penyertaan boleh dihantar melalui laman web Astro Gempak. Penyertaan juga akan diterima sepanjang siri jelajah Kecapi Impianku Bersama Sunsilk. Akan terdapat dua acara rekrutmen, di mana wanita muda berhijab boleh menemui mentor-mentor yang turut serta:

1. Setia City Mall pada 22 Ogos 2015, 05:00 ptg - 6:00 ptg
2. Putrajaya Allamanda Mall pada 29 Ogos 2015, 05:00 ptg - 6:00 ptg

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.astrogempak.com.my/impiankubersamasunsilk.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.