Monday, June 29, 2015

Chocolate Kellogg's Corn Flakes® Crunch : Raya cookies pertama untuk tahun ini

Biskut yang rangup mampu menarik perhatian ramai. Sedap mengunyah! Lebih-lebih lagi nak raya ni. Mesti masing-masing sibuk mencari resipi biskut raya. Untuk pengetahuan, kita boleh menggunakan emplex dan tepung biskut untuk merangupkan biskut yang kita bakar. Cuma barang ni agak susah nak dibeli di pasaraya biasa. Perlu cari di kedai menjual barangan membuat kek dan biskut. Alangkah bagusnya jika kita boleh beli di kedai biasa.

Sebenarnya boleh jika anda memilih untuk merangupkan biskut dengan Kellogg’s Corn Flakes®! Tak percaya?



Sebelum ini I menggunakan Kellogg’s Corn Flakes® hancur dalam pembuatan homemade chicken nugget. Teksturnya yang lebih rangup, sangat sesuai menggantikan breadcrumb. Kellogg’s Corn Flakes® sentiasa menjadi pilihan hati kerana ia diperbuat daripada jagung sebenar.


Kellogg’s Corn Flakes® sangat sesuai digunakan dalam pembuatan biskut raya agar biskut menjadi lebih sedap dan rangup.

Dengan cuaca di Malaysia yang panas terik ketika ini, rasa malas pula nak gunakan oven untuk membakar biskut raya. Tapi nak buat biskut raya, tak semestinya menggunakan oven. Betul tak? Untuk mereka yang tak tahan panas seperti I, resipi ini sangat sesuai dicuba.


CHOCOLATE KELLOGG’S CORN FLAKES® CRUNCH



Bahan-bahan yang diperlukan :

500g cooking chocolate
2 tablespoon peanut butter
250g Kellogg’s Corn Flakes®
Manik hiasan atau almond nibs untuk hiasan


Cara membuatnya:

1. Cairkan cooking chocolate dengan menggunakan kaedah double boiler. 

Tips : Kalau nak coklat cepat cair, potong kecil coklat tersebut. 

Tips : Pastikan semua peralatan tidak basah. Setitik air boleh merosakkan coklat.


2. Ketepikan mangkuk berisi coklat tersebut.

3. Kemudian, sudukan 2 sudu peanut butter ke dalam coklat yang telah cair tadi dan dikacau sebati.

Tips : Gunakan peanut butter jenis halus agar adunan coklat tidak berketul.

Tips: Jika sukakan lebih rasa peanut butter, boleh masukkan lebih.


4. Masukkan Kellogg’s Corn Flakes® ke dalam adunan coklat.

Tips : Masukkan sedikit demi sedikit dan dikacau rata agar semua kepingan disaluti coklat.

Tips : Gunakan spatula agar mudah menggaul.

Tips : Pastikan coklat menyaluti setiap kepingan.


5. Sudukan Kellogg’s Corn Flakes® ke dalam paper cups dan taburkan hiasan di atasnya.

Tips : Taburkan hiasan ketika coklat belum mengeras.


6. Biarkan coklat mengeras sebelum disimpan
di dalam bekas kedap udara.


Sempena Ramadhan kali ni, Kellogg’s kini memperkenalkan lapan (8) resipi biskut Kellogg’s Corn Flakes® edisi terhad, yang sesuai untuk digunakan pada bulan Ramadan ini. Maria Tunku Sabri, pengacara program menjamu selera TV terkenal yang merupakan sebahagian daripada inisiatif ini, menggalakkan pengguna supaya mencuba resipi biskut Kellogg’s Corn Flakes®, mengunjungi trak sampel di lokasi yang terpilih, dan menyertai aktiviti tandatangan untuk menyumbang biskut kepada anak-anak yatim pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Trak sampel Kellogg’s akan berada di bazar Ramadan, pasaraya ria dan pasar raya dari 17hb Jun hingga 10hb Julai 2015. Mereka yang mengunjungi trak sampel ini juga boleh menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat, untuk memperlihatkan pelbagai cara Corn Flakes® boleh digunakan untuk membuat kuih dan biskut istimewa untuk perayaan. Dengan setiap tandatangan yang diterima, kanak-kanak dari rumah anak yatim yang terpilih akan menerima biskut Kellogg’s Corn Flakes® untuk berbuka puasa.

Orang ramai dijemput untuk mencuba biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan menyertai aktiviti tandatangan untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut:


♥ Gombak Taman Melawati 4ptg-8mlm Rabu, 17 Jun
♥ Stadium Shah Alam 4ptg-8mlm Khamis, 18 Jun
♥ Setapak Danau Kota 4ptg-8mlm Jumaat, 19 Jun
♥ Puchong Perdana 4ptg-8mlm Sabtu, 20 Jun
♥ Stadium Shah Alam(Pasar Pagi) 9pagi-12ptg Ahad, 21 Jun
♥ Kelana Jaya 4ptg-8mlm Isnin, 22 Jun
♥ Kota Damansara Seksyen 4 4ptg-8mlm Selasa, 23 Jun
♥ Taman Medan 4ptg-8mlm Rabu, 24 Jun
♥ Pandan Indah( di hadapan Balai Bomba) 4ptg-8mlm Khamis, 25 Jun
♥ Stesen LRT Wangsa Maju 4ptg-8mlm Jumaat, 26 Jun
♥ Taman Cahaya(Ampang) 4ptg-8mlm Sabtu, 27 Jun
♥ Stadium Shah Alam(Pasar Pagi) 9pagi-12ptg Ahad, 28 Jun
♥ Seksyen U 19 Sg Buloh 4ptg-8mlm Isnin, 29 Jun
♥ Taman Melawati 4ptg-8mlm Selasa, 30 Jun
♥ Pasaraya Ria/Pasar Raya Econsave Bangi 12ptg-5ptg Sabtu, 6 Jun
♥ Econsave Balakong 12ptg-5ptg Ahad, 7 Jun
♥ Sogo KL 11pagi-4ptg Jumaat, 12 Jun
♥ Giant Batu Caves 12ptg-5ptg Sabtu, 13 Jun
♥ Giant Stadium Shah Alam 12ptg-5ptg Ahad, 14 Jun

Friday, June 19, 2015

Bajet RM50 untuk 7 hari punya barang basah.

Kali terakhir tulis ialah pada 1 June 2015. Seriously, mood nak menulis tu dah kurang. Rasa macam buat apa la tulis kalau takde idea. Tapi sebenarnya, rindu juga nak aktif blogging macam dulu.

Readers yang add me at FB, mesti dah tahu kisah yang menimpa adik ipar I. Dia terlibat dalam kemalangan. Tak teruk tapi kesannya tu teruk. Beliau patah 3 tulang tengkuk dan 6 tulang dada. Nasib baiklah tak lumpuh. Sekarang beliau kena pakai halo vest untuk memastikan tulang kat tengkuk tu pulih sepenuhnya. Try google halo vest. Baju yang didatangkan dengan halo vest tu tak boleh dibuka selama dia pakai halo vest. Maka, itulah yang jadi baju raya dia.

Adik ipar lagi sorang pula bakal bersalin Sabtu depan. Tak dapatlah dia berpuasa penuh dan sah-sah la beraya sambil berpantang.

Tahun ni pulak beraya di rumah my parents. Jadi, kemeriahan beraya kurang dirasa sebab dua orang tak dapat nak sambut raya. Kami yang lain pun tak terasa nak beraya. Ingat nak duduk rumah je dan tunggu orang datang ke rumah. Tak sedaplah nak beraya berbaju baru apabila dua orang lagi tak dapat nak sambut raya macam selalu. (Tapi yang perempuan semua dah siap tempah baju kurung 4 pasang. Gulp!)

Oleh sebab tak rasa nak beraya, kemeriahan Ramadhan lebih dirasai. Memang excited nak sambut Ramadhan! Takde nak fikir bila nak shopping raya, bila nak buat kuih raya. Tapi kemas rumah tetap wajib. Esok nak kena buat window cleaning sebab dah berhabuk giler dah!

Esok I ada satu misi penting. I challenge diri sendiri untuk ke pasar dan beli barang basah (termasuk sayur) untuk 7 hari punya buka puasa/sahur dengan bajet sebanyak RM50 sahaja. Agak-agak boleh tak? Kalau dulu, memasak pun sehari sekali sebab masak untuk dinner je. Bulan Ramadhan, selalunya expenses double sebab kena memasak untuk sahur.

Agak-agak boleh tak? Kita tunggu.

Monday, June 01, 2015

Sweet Start with a Kiwi

We always think that we can get Vitamin C from an orange. But do you know that there is one fruit has 3 times the Vitamin C of oranges? Let me introduce you to this yummy fruit!

Kiwifruit


Everytime I want to buy kiwifruit, I will choose Zespri Kiwifruit. Zespri has over 100 years experience in producing high quality kiwifruit. Therefore, it is the best choice in the market.

I love Zespri SunGold because it is sweeter than Zespri Green.

GOODNESS OF ZESPRI SUNGOLD KIWIFRUIT

♥ Zespri SunGold Kiwifruit has 10 times the nutrition of apples and 3 times the vitamin C of oranges.
♥ This power-packed fruit is also beneficial for health conditions such as diabetes, as it has a low glycaemic index (GI) (a measurement carried out on foods and their impact on our blood sugar).
♥ It is renowned for its mellow yellow flesh and luscious tropical-sweet flavour makes it the perfect summertime refreshment.
 ♥ Regular consumption of Zespri Kiwifruit contributes to good digestive health by:

1) High Vitamin C content helps the body’s uptake of iron.
2) Contains Actinidin - a unique enzyme that helps improve digestion 
and relieves bloating from a heavy meal.
3) Has potassium that is essential for cell, tissues and organ functions.
4) Rich in potassium that is essential for cells, tissues and organ functions.
5) Deliciously juicy, refreshingly sweet.



Kiwifruit is easy to eat. You won't take much time to peel the skin. You can eat the fruit straight with its skin on or you can cut it into half and scoop the flesh out. If you have extra time, you can peel the skin and cut the fruit nicely.




Easy peasy. So lets have a sweet start with a kiwi!

Visit Zespri social media at:
Facebook: https://www.facebook.com/ZespriMY
Twitter: https://twitter.com/ZespriSEA
Instagram: http://instagram.com/zesprisea 
Youtube: http://www.youtube.com/channel/UC_tkBq7LetRdp2lcqp67oBw
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.