Wednesday, November 18, 2015

Pengembaraan magika bersama "Shimmer and Shine"

Kanak-kanak memang mudah tertarik dengan perkara yang ajaib. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan magik, kanak-kanaklah orang pertama yang akan rasa teruja. Batrisyia pun sama hinggakan birthday party dia baru-baru ni, dia meminta agar ia bertemakan magik.

Menyedari hakikat ini, Nickelodeon telah mencipta satu cerita bertemakan fantasy world yang diberi nama "Shimmer and Shine". "Shimmer and Shine" merupakan sebuah rancangan televisyen terbaru yang dibawakan di Nickelodeon. Siri ini mempunyai 20 episod yang menceritakan tentang dua genie bernama Shimmer dan Shine yang seringkali berdepan dengan masalah ketika menunaikan permintaan seorang kanak-kanak bernama Leah. Melalui siri ini, kita dapat lihat bagaimana akhirnya Shimmer dan Shine menyelesaikan setiap masalah yang mereka lalui.


Shimmer and Shine features a social-emotional curriculum highlighting the importance of teamwork, resilience and overcoming obstacles. The series is created by Farnaz EsnaashariCharmatz (post-production supervisor for Dora the Explorer and Go, Diego, Go!) and produced at Nickelodeon Animation Studios in Burbank, California.
 
Leah seringkali berdepan dengan dilema dan dia selalu meminta pertolongan dari Shimmer dan Shine. Walaubagaimana pun, kadang-kala Shimmer dan Shine tersalah tafsir permintaan Leah. Dari situ akan timbul masalah dan mereka perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Contohnya di episod pertama berjudul "The Sweetest Thing", Leah meminta tolong kepada Shimmer dan Shine untuk menyiapkan cupcake yang akan dijual di sekolah. Disebabkan satu salah faham, apa yang mereka rancangkan tidak menjadi. Mereka terpaksa mencari jalan penyelesaian dan dalam masa yang sama memastikan rahsia mereka tidak diketahui oleh jiran meraka.



"Shimmer and Shine" akan bersiaran di Nickelodeon mulai 1 Disember 2015 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.25 pagi dan di Nick Jr. mulai 21 Disember 2015 pada jam 12.10 tengah hari.

Untuk maklumat lanjut, layari www.nick-asia.com

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.