Thursday, November 19, 2015

Minggu terakhir persekolahan

Officially, school term will end this Friday. Tapi untuk sekolah Tisya, sekolah kebangsaan dah habis Selasa lepas. Rabu ada rehearsal untuk Hari Anugerah Cemerlang dan Khamis tu baru la majlis dimulakan. Tapi ramai je students yang datang hari Rabu tu. Cikgu pun tak halang. Boleh juga budak-budak ni tolong cikgu.

Student 1 Bestari yang berkeras nak datang sekolah pada hari Rabu :)

Bila diingatkan kembali semasa kita di Tahun 1, ada ke kita sibuk belajar? Rasanya macam banyak main je. Tapi tak sama masa student Tahun 1 zaman sekarang. Lebih mencabar sebab semua pandai-pandai. Melangkah ke Tahun 1, dah pandai 3M (membaca, menulis, mengira). Nak masuk Tahun 1 pun dah ada exam untuk menentukan kelas mana yang dia akan masuk. Pendek kata, student zaman sekarang perlu bekerja lebih keras untuk bersaing dengan kawan-kawannya. Dia boleh je main-main tapi rasanya parents dia akan biarkan ke?

Memandangkan minggu ni merupakan minggu terakhir persekolahan, boleh la I recap apa yang berlaku sepanjang tahun ni. Kalau korang perasan, tahun ni I jarang update blog. Kerja banyak sangat kat office. Balik rumah pun kerja lagi. Waktu tidur je waktu untuk berehat. Jadi, sel-sel otak kurang berhubung. Takde idea nak update.

Dalam Tahun 1, ada kelas Amanah, Bestari, Cekal, Dedikasi, Ikhlas dan Jaya. Awal January, Batrisyia ditempatkan di kelas 1 Bestari selepas proses saringan melalui exam. Hari pertama, kami datang awal sebab nak dapatkan tempat paling hadapan untuk dia. Kalau dia duduk belakang, confirm banyak main! So dapat duduk hadapan sekali kat bahagian tengah. Kiranya depan papan putih. Geng sekumpulan dia pun okay. Menurut cikgu, kumpulan dia kumpulan yang disenangi cikgu sebab buat kerja on time dan sentiasa beri perhatian dalam kelas. Good?

Tak ingat masa bulan berapa, Batrisyia ada demam. Beberapa hari juga dia tak datang sekolah. Sekembali dia ke sekolah, kami tak tahu pulak rupanya tempat duduk dia dah diambil orang. Ada satu masa, berlaku satu kejadian antara Batrisyia dan English teacher dia. Tak perlulah dijelaskan di sini. Perkara tu sampai menyebabkan I ambil inisiatif untuk jumpa cikgu tu. Lepas perjumpaan, barulah I tahu rupanya Batrisyia dah duduk belakang sekali. Duduk pulak kat sebelah student yang suka bercakap dalam kelas semasa cikgu mengajar. English teacher tu puji Batrisyia tapi dia kata sejak duduk belakang, Batrisyia main dalam kelas. So minta tolong teacher tu letak semula Batrisyia di depan.

Masa ni juga mid term exam.  Keputusan tak bagus. 2A 1B dan 1D. Subjek Matematik paling teruk. Dia banyak buat careless mistake. Kena la bebel kat rumah sebab banyak main. Kami tau dia pandai tapi dia malas! Lepas tu berkawan pulak dengan student yang malas belajar. Memang kena marah. Subjek Matematik tu membuatkan dia dapat tempat ke 34/37 dalam kelas.

Sejak tu, memang selalu tanya dia duduk kat group mana. Takut kena pindah seat lagi. Subjek Maths dan DST selalu buat revision. Masa nak final exam aritu, kan banyak cuti sebab jerebu. Masa cuti tu dia kena study semua subjek dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Ada la rehat. Takde la kitorang ni kejam sangat. Hehehe. Berkat kerajinan dia, dia dapat 3A dan 1B. Matematik dapat B sipi nak A. Pun careless mistake T_T

Oh, kalau korang hairan kenapa 4 subjek aje... utk sekolah dia, BM Pemahaman dan Penulisan digabungkan menjadi satu kertas untuk pelajar Tahun 1 hingga 3. Sebab tu ada 4 subjek je. Hmm, untuk final ni Batrisyia dapat tempat ke 13/38. Selepas streaming kelas, Batrisyia akan belajar di kelas 2 Amanah pada tahun hadapan. Alhamdulillah.

Tu cerita sekolah kebangsaan. Now cerita sekolah rendah agama pulak. Untuk SRA, Batrisyia tak mernghadapi banyak masalah sangat. Dalam banyak-banyak subjek, subjek Feqah dia nampak sedikit lemah berbanding subjek lain. Subjek lain boleh A. Feqah mesti B atau C masa test dan exam. Mungkin sebab tak dapat buat revision sangat kerana buku teks dia hilang. Tak tahu siapa yang ambil. Hilang sebelum mid term exam ye. Punya la lama. Tak boleh nak beli buku tu kat luar sebab ustazah kata buku teks tu tak dijual di kedai. Adeh. Kami buat revision guna buku aktiviti je.

Batrisyia ni lasak orangnya. Cuma tak sangka baju SRA akan lebih kotor berbanding baju SK. Tiap-tiap hari baju tu akan ada kekotoran dari pelbagai sumber. Tak tau dia main apa. Anak orang elok comel molek. Batrisyia confirm comot bila I ambil dia dari SRA.

Okay, SRA ni lain sikit. First year tiada exam untuk tentukan kedudukan kelas. Jadi dalam kelas tu semuanya sama. Kami ambil inisiatif minta ustazah ajar Batrisyia mengaji selepas waktu persekolahan. Setakat ni dia dah sampai Iqra 4. Semasa mid term exam, ustazah akan bacakan soalan sebab masih ramai students yang tak reti baca jawi. Tahun 1 ada 4 kelas sahaja. She's quite good in her class. Mid term dapat No. 7 dan final exam dapat No. 6. Alhamdulillah.

Cuma comot tu masih ada. Apa la yang ko main kat sekolah tu Tisya?

Tahun 2 nanti mesti lebih mencabar. I risaukan subjek Matematik sebab nanti ada sifir. Cuti sekolah ni memang nak kena suruh dia hafal sifir yang senang-senang. Tak boleh nak rehat je cuti sekolah ni.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.