Tuesday, September 29, 2015

Jika kita berusaha, rezeki ada di mana-mana

"Music can change lives. Whether you are having a good or bad day, the power of music can change one's mood" ~ Jess Bowen

Which is true. Music dan I memang tak dapat dipisahkan sejak kecil. Sampai la ke besar jadi mak orang ni, masih minat music. Dah "berjangkit" kat Tisya pulak sebab dia pun memang sukakan music. Kalau setakat kitorang berdua karaoke dalam kereta tu, dah biasa sangat dah.

Now. I'm listening to Fight Song by Rachel Platten. Dah lama suka lagu ni. Catchy tapi tak la macam wow sangat. Cuma lirik tu memang kena sangat la dengan suara dia. Sesapa yang rasa give up tu, boleh la dengar lagu ni untuk naikkan semangat korang. I'm not giving up, yet :)

So, tentang hal kerja yang I ada cerita di entry sebelum ni. Setelah berbincang hati ke hati dengan hubby, kami sebulat suara buat keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut. I said "No thanks" to the HR. Mesti diorang hairan sebab aritu beriya pulak nak kerja situ. Hehehe.. Takpe la sis, insya Allah ada rezeki di tempat lain. Anak ada seorang tu je la. Baru 7 tahun. Banyak lagi perkara yang kami perlu hadapi bersama. Nanti dia kurang kasih sayang pulak.

October is coming. Yeay! Untuk October kali ni, jadual sangat padat. Takut nak tengok kalendar sebab sana-sini penuh dengan note pelbagai majlis.Tapi event paling penting ialah Tisya nak final exam 19th October ni. Kesian dia asyik kena suruh buat revision. Kami tekankan subjek DST dan Maths sebab nak dia score. Dia selalu buat careless mistake. Banyak markah hilang. Harapan kami besar, nak tengok dia masuk kelas hadapan. Bukan sebab nak rasa bangga tapi bila masuk kelas hadapan, persaingan tu kuat. Kami nak dia sentiasa bersaing dengan kawan-kawan. Semoga dia berjaya jawab soalan exam kali ni.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.