Monday, September 07, 2015

Jerebu yang tiada kesudahan

Kenapa la teruk sangat jerebu 2-3 hari ni. Cheras antara kawasan yang akan direkodkan bacaan IPU. Jadi memang sentiasa boleh check betapa teruknya IPU kat kawasan rumah kami. Keluar rumah waktu pagi, dunia dah kelabu. KLCC Twin Tower pun tak nampak dari jauh!

Jerebu ni dah jadi perkara biasa pulak. Kata nak ambil tindakan tapi makin lama, makin banyak hotspot yang dicatatkan di Indonesia. Berjanji pakai mulut je ke? I wish we can sue Indonesia and ask them to pay, buat macam kena bayar denda kepada negara jiran yang menjadi mangsa ni.

I can't stand this haze. Sedangkan asap rokok pun dah tak suka, apatah lagi jerebu macam ni. Rasa "lemas"!

To all, kalau boleh elakkan outdoor activities. Kalau terpaksa keluar juga, pakai mask. Banyakkan minum air masak sebab boleh jadi sakit tekak kalau IPU dah sampai ke tahap tak sihat.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.