Tuesday, September 08, 2015

Bersyukur selalu

Hidup takkan ke mana jika kita selalu compare diri kita dengan orang lain. Selalu pandang orang lain dapat lebih. Rasa Allah tu tak adil dengan kita. Pernah rasa macam tu? Bohong kalau tak pernah rasa macam tu kan? Tapi kita perlu cepat istigfar dan sedar bahawa Allah tu Maha Adil. Cuma kita je tak nampak.

Contoh....

Ada isteri hidup dalam kemewahan tapi suami curang.
Ada isteri hidup dalam serba sederhana tapi suami setia.

Ada parents punyai anak ramai tetapi ada antara anaknya yang rosak akhlak.
Ada paernts yang punya anak seorang tapi yang seorang tu la penyeri hidup.

Ada suami yang punyai isteri cun melecun tapi tak pandai masak.
Ada suami yang punyai isteri biasa sahaja tapi masak tip top.

Ada orang bergaji besar tapi masih menyewa rumah orang.
Ada orang bergaji kecil tapi berkat menyimpan duit, dia boleh beli rumah sendiri.

Ni contoh yang mudah untuk dihadam oleh otak. Did you see that?

Macam Prof Dr. Muhaya cakap, bila selalu bersyukur, hidup akan bahagia. Kenapa bahagia? Sebab kita takkan rasa serba kekurangan. Allah ada kurang bagi kita kat satu bahagian tapi bahagian lain Dia ada bagi lebih.

Kita kena buka mata untuk tengok apa yang lebih. Jangan asyik tengok apa yang kurang. Peringatan untuk diri sendiri juga ni :)


0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.