Wednesday, September 23, 2015

Berimaginasi bersama PLAY-DOH

Kanak-kanak sememangnya mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Kita sebagai ibu bapa hanya perlu memberi dorongan agar mereka meneroka imaginasi tersebut, menjadikan mereka lebih kreatif dan pandai berfikir. Sebab tu sekarang ni, ada banyak permainan kanak-kanak yang dicipta khas untuk meransang minda mereka. Mainan didatangkan dalam pelbagai fungsi dan berwarna-warni.



Salah satunya ialah Play-Doh. Dihasilkan dalam pelbagai warna yang menarik, kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan memang suka bermain dengannya. Mereka akan cuba menghasilkan pelbagai ukiran mengikut daya imaginasi mereka sendiri. Silap-silap, mak dan ayah pun akan turut serta :)



Melalui Play-Doh, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Anda dan anak boleh mula "Membina Komuniti Ceria" dengan tips berikut.

Langkah 1 : Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2 : Jelmakan idea menggunakan bahan Play-Doh. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3 : Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!

Saja tanya Tisya tentang Malaysia. Dia jawab "Rama-rama sebab warna warni macam Malaysia".  Jadi jom buat rama-rama!

Perkara pertama yang dia nak buat ialah sesungut

Badan warna kontra tapi cantik!

Close up

Tadaa!

Bermula dari 21 hingga 27 September ini, kanak-kanak berpeluang untuk menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH. Orang dewasa pun boleh turut serta. Masa ini bolehlah tunjukkan bakat anda untuk menghasilkan ukiran Play-Doh.

Untuk pengetahuan, anda juga boleh turut serta dalam cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran Play-Doh paling banyak dalam satu hari pada 26 September ini di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama. Pada hari tersebut, rekaan anda akan dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysua dan ukiran yang paling kreatif akan memenagi hadiah Play-Doh yang menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Play-Doh di www.playdoh.com

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.