Monday, July 06, 2015

Jubah mengikis jiwa Melayu? Why bother... why bother... why bother!

Pagi tadi terbaca satu artikel yang sudah ku lupa dari mana. Ada orang share dia FB. Artikel ditulis oleh seorang penulis lelaki yang pernah mendapat anugerah ternama atas hasil penulisannya. Tapi penulisan dia kali ni sangat tak masuk akal.

Ianya tentang Melayu yang sudah terkikis dari jiwa seorang perempuan Melayu apabila mereka memilih untuk memakai jubah berbanding baju kurung di Hari Raya atau majlis umum yang lain. Katanya, dalam diam... budaya Arab sudah mula menguasai orang Melayu apabila baju kurung tidak lagi menjadi pilihan. Malah, banyak perkataan Bahasa Melayu telah ditukar penggunaannya ke Bahasa Arab seperti "iftar" menggantikan "buka puasa", "solat" menggantikan "sembahyang".

Wah, mudahnya nak mengikis Melayu dalam jiwa seorang Melayu! Kenapa nak gunakan contoh penggunaan Bahasa Inggeris yang menggantikan Bahasa Melayu?

Bagi I, menggunakan "solat" tu lebih merujuk kepada umat Islam sebab kalau "sembahyang", semua agama ada sembahyang. Tapi kalau sebut "solat", memang khas untuk orang Islam. Tapi tak semestinya kita tak boleh guna perkataan "sembahyang", betul tak? Dan tak salah pun kita nak guna "solat".

Ada juga lelaki yang beri komen. "Kalau la korang tahu apa perempuan Arab tu pakai kat dalam jubah dia, mata pun boleh terjojol". What is that supposed to mean? Kau rasa kitorang ni meniru tak tentu pasal? Sebenarnya jubah ni bagus sebab ia longgar dan nampak manis bila dipakai. Kalau baju kurung biasa, okay lagi. Tapi kalau baju kurung moden yang ngam-ngam badan, ia boleh menampakkan susuk tubuh. Lagipun, jubah mudah sebab boleh bawa terus bersolat. Kalau cukup syarat, tak perlu nak pakai telekung pun.

Raya tahun ni kitorang memang banyak beli jubah. Husband awal-awal dah beli masa kat umrah. Dia dah pakai pun. Tisya dah beli dua jubah. I pulak dah beli 3 jubah. Baju kurung pun ada juga. Beli banyak sikit sebab husband kata dah boring nampak baju kurung :p

Apa kata korang?

7 scribble(s):

Syaza Suhana said...

Asal la lelaki nak komen gitu -_- hish. Ei, berubah cara pemakaian and choices of words x bermaksud berubah jadi Arab. Tetap jugak Melayu. Alahai~

Hana Blurbs

Mieza Everdeen said...

mieza baru baca malam tadi kat TMI website. mmg tak masuk akal. mieza pelik macam mana dia boleh berfikir macam tu, terkikis kemelayuan la arabisasi pemende -_-

Liz said...

Syaza Suhana> Tu la yang orang pelik bila baca. Cara dia cerita tu berapi-api. Perempuan skrg suka pakai shawl pun dia nak samakan dengan orang Arab. Agaknya nak kita pakai tudung bawal je kot.

Mieza> Arabisasi.. perkataan yang dia sorang hje faham maksud sebenar! hahaha

Mizz Coki said...

As a non Muslim, korang pakailah Jubah sbb kurung moden skrg ketat sampai fit satu badan. I really like to see a Muslimah pakai jubah sbb cantik walaupun loose longgar bagai but it really shows a good example to others. Banyak jubah2 yg jual online skrg ni cantik2, warna pun menarik.

Liz said...

Mizz Coki> Betul, kurung moden memang ketat. Ada yang terbelah kainnya. Yups, jubah sekarang pun dah moden. Kalau taknak polos hitam, banyak design jubah lain yang boleh dicuba. I beli jubah, design dari Rayyan Haya :)

Ezna Ahmad Khalili said...

Amboiiii....why bother dah jadi cam Azwan Ali.....Pakai jubah senang. Main sarung je. Kalau akak akan pakai dengan seluar panjang kat dlm. Senang angkat jubah kalau nak melangkah besar....hehe

Liz said...

kak Ezna> hahaha, walaupun tak minat Azwan Ali, suka tengok perangai dia dalam "Lari". Tahun ni baru saya banyak beli jubah sebab husband yang nak.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.