Wednesday, July 29, 2015

It's time to say goodbye

Hampir 8 tahun bekerja kat sini, inilah kali pertama I rasakan cukuplah sampai di sini. Bukan nak membangga diri tapi I rasa oleh kerana I pandai buat kerja, semua orang nak bergantung harap pada kita. Kita tolong kerja orang tapi orang takde pulak nak tolong kerja kita. Simple instruction pun tak boleh ikut hingga menyebabkan kerja orang lain jadi tunggang langgang. Orang lain yang buat salah, orang lain yang kena marah.

Tapi mungkin kerana dah lama kerja, I pun berani nak melawan bila orang letakkan kesalahan dia bahu kita. I tak bersalah kot. Why can't you see? So kena la bersuara. Akhirnya bos tukar tajuk. Taknak gaduh lah tu.

Hmm, I dengan bos je yang jenis "plan ahead". Orang lain buat kerja ikut suka hati. Bila dateline dah dekat, baru dia sibuk nak push kita. Siapa yang lambat buat kerja sebenarnya?

Cukuplah sampai di sini. Lepas ni pandai-pandailah korang! Bulan December nanti, merasa la korang tunggang terbalik, takde siapa nak tolong. Ada yang suruh I stay sampai dapat kerja baru. Ada aku kesah?

Melainkan Allah bagi rezeki dapat anak baru, aku tak berhenti la kot.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.