Tuesday, July 14, 2015

Isu Low Yat

I tak tau cerita apa-apa pun. Masuk kerja pagi Isnin, dah kecoh pasal hal pergaduhan kat Low Yat. Erk, what? Hari kejadian, kami sibuk shopping baju raya Batrisyia. Memang tak ambil port, tak buka FB langsung. Balik malam tu pun dah lewat. Patutlah ada jalan yang ditutup pada hari tu.

Setakat ni dah dengar dua versi cerita. Kita pun tak tau mana yang betul. Kalau dah tak tau, jangan sebarkan berita yang belum sahih. Bukan ke tak elok? Oleh kerana I tak berada di tempat kejadian, memang tak ambil tahu pun sejauh mana bahaya nya situasi tu.

Ada yang samakan dengan 13 Mei. Ada yang kata bakal jadi rusuhan perkauman.

Pokok pangkalnya akal fikiran dan hati manusia tu. Korang nak ke terlibat dengan benda-benda ni? Kenapa kita nak benci satu kaum hanya kerana orang sekeliling kita bencikan kaum tersebut? Kalau kita tiada masalah dengan kaum tu, tak perlulah kita nak join perangai separuh masak orang lain.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.