Friday, June 19, 2015

Bajet RM50 untuk 7 hari punya barang basah.

Kali terakhir tulis ialah pada 1 June 2015. Seriously, mood nak menulis tu dah kurang. Rasa macam buat apa la tulis kalau takde idea. Tapi sebenarnya, rindu juga nak aktif blogging macam dulu.

Readers yang add me at FB, mesti dah tahu kisah yang menimpa adik ipar I. Dia terlibat dalam kemalangan. Tak teruk tapi kesannya tu teruk. Beliau patah 3 tulang tengkuk dan 6 tulang dada. Nasib baiklah tak lumpuh. Sekarang beliau kena pakai halo vest untuk memastikan tulang kat tengkuk tu pulih sepenuhnya. Try google halo vest. Baju yang didatangkan dengan halo vest tu tak boleh dibuka selama dia pakai halo vest. Maka, itulah yang jadi baju raya dia.

Adik ipar lagi sorang pula bakal bersalin Sabtu depan. Tak dapatlah dia berpuasa penuh dan sah-sah la beraya sambil berpantang.

Tahun ni pulak beraya di rumah my parents. Jadi, kemeriahan beraya kurang dirasa sebab dua orang tak dapat nak sambut raya. Kami yang lain pun tak terasa nak beraya. Ingat nak duduk rumah je dan tunggu orang datang ke rumah. Tak sedaplah nak beraya berbaju baru apabila dua orang lagi tak dapat nak sambut raya macam selalu. (Tapi yang perempuan semua dah siap tempah baju kurung 4 pasang. Gulp!)

Oleh sebab tak rasa nak beraya, kemeriahan Ramadhan lebih dirasai. Memang excited nak sambut Ramadhan! Takde nak fikir bila nak shopping raya, bila nak buat kuih raya. Tapi kemas rumah tetap wajib. Esok nak kena buat window cleaning sebab dah berhabuk giler dah!

Esok I ada satu misi penting. I challenge diri sendiri untuk ke pasar dan beli barang basah (termasuk sayur) untuk 7 hari punya buka puasa/sahur dengan bajet sebanyak RM50 sahaja. Agak-agak boleh tak? Kalau dulu, memasak pun sehari sekali sebab masak untuk dinner je. Bulan Ramadhan, selalunya expenses double sebab kena memasak untuk sahur.

Agak-agak boleh tak? Kita tunggu.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.