Tuesday, May 26, 2015

Nutrisi lengkap untuk anak anda

Sebagai seorang ibu, kita cuba memberikan yang terbaik untuk anak kita. I only have one child and I try my best to be a good mother and give Batrisyia everything good that she needs. Sometimes, children can be a picky eater. Sebab itu dari Batrisyia kecil, I mula memperkenalkan dia dengan sumber makanan yang sihat dan pelbagai. I buat semua tu dengan harapan dia tidak membesar menjadi seorang yang picky eater. But I guess children will be children. She loves vegetables, fish and egg but she dislike everything else.

She doesn’t have problem with sushi at all :)

We are still trying to introduce her to other kind of foods because we believe that children must get all the essential nutrition that nurtures both brain as well as the body. Ada 5 fakta yang boleh dipertimbangkan untuk perkembangan menyeluruh anak anda.


PERKEMBANGAN OTAK

Otak anak anda akan melalui proses pertumbuhan yang cepat dalam tiga tahun pertama kehidupannya. Sebab itu ada orang berkata bahawa ketika ini, otak anak anda seperti span kerana ia berupaya menyerap segala yang dia belajar melalui alam sekelilingnya. Semasa inilah kita perlu beri stimulasi secukupnya agar anak anda cepat belajar. Itulah sebabnya nutrient seperti DHA amat penting untuk membantu pertumbuhan yang pesat ini. Walaupun usia anak anda sudah melebihi tiga tahun, stimulasi masih perlu diteruskan agar dia cepat belajar.


PERTUMBUHAN TULANG

Semua orang tahu bahawa kanak-kanak mesti mendapatkan keperluan kalsium yang mencukupi. Kenapa? Ini kerana kanak-kanak perlu mempunyai tulang yang kuat untuk menyokong seluruh badannya ketika dia meneroka dunia di sekelilingnya. Hampir 90% pertumbuhan tulang berlaku sebelum usia 18 tahun bagi wanita dan 20 tahun bagi lelaki. Oleh itu, kanak-kanak perlu mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi agar dia mempunyai tulang yang kukuh dan kuat setelah dia dewasa.


PERTUMBUHAN TISU

Pertumbuhan tulang seiring dengan pertumbuhan tisu. Anak anda memerlukan bekalan protein yang mencukupi untuk memperkukuhkan tumbesaran dan membolehkan tubuh membina dan membaiki tisu sewaktu anak anda sedang membesar.


SISTEM IMUM

Kuman sentiasa berada di sekeliling kita. Agar sukar untuk kita mengelakkan diri daripada tidak terdedah kepada kuman. Kerana itu system imun anak anda perlulah berada di tahap yang baik dan kuat untuk memastikan dia dilindungi dan boleh terus aktif meneroka alam sekelilingnya. Jumlah Vitamin A yang mencukupi akan menyokong system imun serta daya penglihatan dan kulitnya.


SISTEM PENGHADAMAN

Sesetengah kanak-kanak mengalami masalah sembelit kerana tidak mempunyai sistem penghadaman yang baik. Sistem penghadaman yang baik bagi kanak-kanak membolehkan tubuh mereka menyerap nutrien dengan lebih baik. Ia juga berupaya meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida berantai panjang (lcFOS) membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.

Memahami bahawa semua aspek ini penting, I mula memperkenalkan Dumex Dugro® 5-Nutri sebagai susu membesar untuk Batrisyia.

Untuk pengetahuan, Dumex Dugro® 5-Nutri telah diperingkat dan dirumuskan dengan protein, kalsium, vitamin A dan IcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA berbanding formulasi terdahulu untuk menyokong perkembangan otak.

Sumber kalsium boleh didapati dari pelbagai sumber makanan. Untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas, hanya perlu pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari.

Dengan nutrisi yang betul untuk menyokong tubuh yang sihat bersama persekitaran yang positif, anak anda akan mempunyai asas yang kukuh untuk membesar secara menyeluruh, supaya dia dapat cipta serta meneroka dan mempunyai masa depan yang lebih cerah lagi.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.