Wednesday, May 20, 2015

Multi-Sensorial Bath Time Bubbles with Benefits for Babies

Semasa Batrisyia masih bayi, I memang suka waktu mandikan dia. It's like a play time for her and a relax time for me. Tapi sekarang? Dia suka "bertapa" dalam bilik air sambil main air, main sabun, main syampu. Kalau tak bagi warning, habis dia masukkan air dalam botol sabun. Parents dia yang kat luar bilik air ni yang stress. Hihihi.

Tahukah anda bahawa hampir 1 dalam setiap 2 ibu bapa di Malaysia (48%) bersetuju bahawa alat mudah alih selalu mencuri tumpuan perhatian mereka daripada anak mereka? Bagaimanapun, mereka merasakan bahawa masa mandi adalah detik keemasan untuk meluangkan masa berkualiti bersama. Kepentingan mandi bukan sekadar untuk membersihkan badan dari kekotoran agar tidak dihinggapi penyakit tetapi stimulasi pelbagai deria ketika waktu mandi berupaya merangsang perkembangan otak. 

Menyedari kenyataaan ini, Johnson & Johnson melancarkan kempen terbarunya - So Much More™ pada 29 April 2015 yang lalu untuk mendidik ibu bapa Malaysia tentang amalan semasa mandi yang mengoptimumkan perkembangan otak si manja mereka. Hasil penyelidikan daripada Science of SensesTM menunjukkan bahawa rangsangan kepada deria dapat menggalakkan dan mencorakkan perkembangan otak bayi. Proses pembelajaran otak dipertingkatkan apabila berbilang deria dirangsangkan, berbanding dengan penggunaan hanya satu deria.


Untuk menjayakan kempen ini, Johnson & Johnson bergabung tenaga dengan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri untuk mengubah persepsi terhadap masa mandi, iaitu daripada masa untuk melakukan satu tugas biasa kepada masa untuk menimba pengalaman mesra yang sangat bermakna. Menerusi kerjasama dengan pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkenal ini, ia berhasrat untuk menyedarkan dan mendidik ibu-ibu tentang pendekatan baru dalam penjagaan bayi dan mengoptimumkan perkembangan otak si manja.



Dalam usaha merintis jalan untuk menjamin penjagaan bayi secara berkesan, Johnson & Johnson telah menjalankan penyelidikan secara mendalam dalam Science of SensesTM untuk menggalakkan perkembangan bayi yang ceria dan sihat. Banyak hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa rangsangan berbilang deria penting dalam tiga tahun pertama untuk perkembangan laluan neural yang menyokong komunikasi, kefahaman, perkembangan sosial dan kesejahteraan emosi . Otak bayi mencipta sehingga 1.8 juta sambungan sinaps baru setiap saat, dan pengalaman ini akan menentukan sinaps yang akan dikekalkan. Rangsangan berbilang deria – iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar, dan dilihat oleh bayi – membantu memupuk kelangsungan jangka panjang sambungan sinaps.


• Sentuh: Bayi yang biasa mendapat sentuhan dan belaian ibu bapa atau penjaga yang penyayang adalah 50% lebih berkemungkinan membuat hubungan mata dan mempunyai ekspresi positif secara keseluruhan (senyuman, pandangan mata).

• Bau: Bau yang lazim, seperti bau ibu, menambah baik mood, ketenangan dan kecerdasan. Malah, hasil kajian menunjukkan bahawa bayi yang dimandikan dengan produk mandian berbau harum memperlihatkan 30% lebih keupayaan untuk bermesra dengan ibu bapa mereka selepas mandi dan mengurangkan hampir 25% masa menangis sebelum tidur.

• Dengar: Bercakap berulang kali dengan bayi semasa mandi boleh membantu perkembangan bahasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa bayi yang lebih kerap diajak berbual mempunyai kosa kata lebih luas apabila mencapai usia 24 bulan.

 • Lihat: Bayi bertindak balas kepada rangsangan visual dan menunjukkan pemprosesan neural yang dipertingkatkan apabila dipandang terus atau diberi tumpuan perhatian. Ini adalah koordinasi mata-tangan dan kemahiran pengamatan yang penting untuk perkembangan sosial.

Dalam usaha merapatkan jurang ini, kerjasama antara Johnson & Johnson dan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri membolehkan penambahbaikan kemudahan penjagaan neonatal (bayi baru lahir) di hospital, latihan untuk kakitangan neonatal dan pendidikan di kalangan ibu-ibu baru tentang Science of the SensesTM. Dengan peluang untuk menggunakan deria bau, sentuh, lihat dan dengar, pakatan ini menumpukan kepada masa mandi sebagai taman permainan berbilang deria yang menawarkan peluang kepada ibu bapa dan bayi untuk berhubung mesra dan menjalin ikatan kasih sayang.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.