Thursday, May 21, 2015

Menjadi pembunuh senyap di tempat awam

Apabila kerajaan mula berkira-kira untuk buat larangan merokok di tempat awam, ramailah perokok yang mula bersuara. Ini tidak adil, kata mereka. Mereka juga ada hak. Erk, iye ke?

Perokok yang merokok di tempat awam bukan hanya membunuh diri sendiri tetapi dalam masa yang sama, menjadi pembunuh orang di sekelilingnya. Orang sekeliling yang terdedah kepada asap rokok ini dipanggil "perokok pasif". Perokok pasif tidak merokok sebaliknya terpaksa menghidu asap rokok. Ini belum ambil kira asap rokok kelas ketiga. Pernah dengar "asap rokok kelas ketiga'? Asap rokok kelas ketiga ini ialah asap yang ditinggalkan oleh perokok pada setiap ruang dan permukaan di sesebuah tempat.

Jadi di mana saja perokok merokok, ia boleh memberi kesan kepada orang sekeliling. Kalau setakat nak bercerita tentang kesan terhadap diri sendiri tu, memang tak perlu cerita sebab rata-rata perokok sudah tahu kesan buruk daripada rokok yang dihisap. Tapi tu la, nak juga merokok kan?

I don't mind kalau perokok nak merokok tapi please, sila jangan merokok di tempat awam terutamanya restoran atau kedai mamak. Lagi parah bila restoran tu ada WIFI. Rokok dinyalakan dan dibiarkan terbakar tanpa dihisap sebab perokok sibuk browsing FB dan Internet. Hangin betul bila jumpa orang macam ni. Ingat orang sekeliling ni nyamuk ke?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.