Wednesday, May 20, 2015

Berdua dengan anak

Rasanya hampir semua sekolah tengah mid term exam sekarang ni kan? Batrisyia pun baru selesai mid term exam kat sekolah kebangsaan minggu lepas. Minggu ni kat sekolah rendah agama pulak. I kena siapkan kerja seorang diri sebab husband pergi menunaikan umrah sejak minggu lepas.

Pada awalnya risau juga kalau Batrisyia meraung kat airport. Dia mana boleh berenggang dari bapaknya tu. Elok seminggu sebelum berangkat, sekolah keluarkan surat tentang mid term exam. Jadi Batrisyia memang tak dapat nak menghantar ke KLIA.

Sampai sekarang dia ingat abi pergi outstation ke Putrajaya. Dia tak lah menangis sebab sebelum ni pun pernah kena outstation ke Putrajaya selama seminggu. Eventhough jarak rumah ke Putrajaya tu dekat je tapi masa tu, memang kena "berkampung" kat sana sebab President datang.

Maka kena lah mak nye seorang diri pastikan kerja kat rumah berjalan seperti biasa. Dalam masa yang sama, tolong Batrisyia buat revision. Penat satu badan tapi okay la, cepat juga masuk tidur. Buat kerja macam lipas kudung sebab lepas dinner, nak kena buat revision one more round. Batrisyia pun terpaksa la berdikari. Sebab berdua, dia tak boleh nak mengada-ngada lebih-lebih. Pandai-pandai la. Hahaha.

Hujung minggu ni nak kena ambil kat KLIA. Baru malam tadi nampak Batrisyia excited menunggu hari Ahad. Sebelum ni dia tak kesah pun. Tapi malam tadi melompat-lompat atas katil lepas tau tak lama lagi je nak hari Ahad.

Exam dia habis petang ni. Lepas ni dia boleh rileks sikit. Masa exam, nak tengok TV pun tak boleh. Hari Jumaat baru bagi dia tengok. Kesian sebab dia peminat cerita Ayuni Safira. Sabtu baru bagi dia layan cartoon all day long. Nak tak nak, terpaksa la mak dia melayan cartoon juga.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.