Friday, May 22, 2015

Ada orang dah tak sabar tunggu ayahnya balik

"Tisya dah tak sabar nak tunggu hari Ahad ni". Balik-balik tu la yang dia cakap. Dah tak larat nak layan. Angguk-angguk je la. Jangan sampai dia tak boleh tidur Sabtu malam tu sudah. Ahad tu, lepas subuh nak kena terus gerak ke KLIA2.

Dua minggu husband kat sana, kitorang survive la hidup berdua. Hehehe. Sampai rumah je, sepantas kilat siapkan semua kerja. By 8.30 malam, Tisya dah masuk tidur. 9.00 malam dah boleh rehat sekejap depan TV. Kalau dulu tengah malam baru nak tidur. Sekarang? 10 malam dah masuk bilik. Wow, cepat sangat. Tak ku sangka! Ye la, kalau husband ada... kitorang suka layan tv series selepas Tisya tidur. Mula la buka Suits, Supernatural.. The Flash. Mana tak tidur lambat :p

Ni dia takde, malas pulak nak layan. Eh, tapi aritu dah terlayan The Flash sampai habis. Jangan marah ye abang. Nanti kita tengok.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.