Tuesday, April 28, 2015

Viral fever menyerang


Semalam dikira sudah 13 hari I kena viral fever. Demam yang pada mulanya diingatkan demam biasa, menjadi melarat apabila suhu badan sangat tinggi (38-40) dan tidak mahu turun ke paras normal biarpun dah makan ubat. Ditambah pula dengan sakit kepala yang semakin kuat, sumpah menangis dibuatnya! Bangun pagi, menangis. Nak tidur, menangis. Dalam kereta, menangis. Menangis sebab kepala sangat sakit macam dipukul berkali-kali.

Masa tu doctor di ER ingatkan denggi tapi selepas buat blood test, semuanya nampak normal. Doktor tak puas hati, lalu disuruh buat urine test. Result juga normal. Jadi I pulang dengan ubat demam dan antibiotik. Katanya masih demam selepas antibiotik habis, datang semula ke hospital.

Tapi selang 2 hari selepas tu, sakit kepala makin teruk. Sepanjang hari tak boleh buat kerja di office. Ya, I datang office selepas 4 hari demam dengan harapan, angin kat office boleh buat I sihat. Tapi tidak, makin teruk. Lepas balik kerja, I terus ke hospital. AMO yang bertugas buat interview sikit untuk dapatkan history pesakit. Kemudian, dia checked blood pressure. Dia kata normal tapi degupan jantung agak laju, lebih laju dari kali pertama datang ke ER. Dia bawa I jumpa doktor yang bertugas dan doktor arahkan I masuk ke Unit Separa Kritikal. I kena toilet sekejap, tu pun doktor nak marah sebab dia takut I pengsan dalam toilet.

The truth is, I felt fine on that day. In fact, I seorang je patient yang duduk di atas katil. Orang lain semuanya baring dan tidur. Doktor tak bagi I duduk. Dia suruh tidur dan berehat. Sepanjang 4 jam kat situ, darah diambil, BP dan degupan jantung direkod setiap 20 minit dan kena drip 2 botol sodium. Lepas tu baru dibenarkan pulang.

Sick leave lagi. Boss mesti pasrah je. Hahaha.

Viral fever memang lambat nak sihat. Eventhough demam dah tiada, simptom lain mungkin lambat hilang. Macam I, demam pulih di hari ke 9 tapi sampai hari ni masih sakit kepala. Tapi dah kurang sakitnya. Kalau dulu rasa macam kena pukul, sekarang macam kena jentik je.

Sakit kali ni memang menguji semua orang. Hopefully, ni la kali terakhir sakit teruk macam ni.

1 scribble(s):

Ainul Mustafa said...

take care. semoga cepat sembuh

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.