Friday, April 03, 2015

Update jangan tak update!

January - 4 posts
February - 2 posts
March - 3 posts

Apa sudah jadi laa? Lamanya ambil masa bertenang. Life is pretty hectic right now. Sebelum GST, kacau bilau kat office. Semuanya nak kena up to date. Tangan ada dua je, camne nak buat kerja laju-laju? Ni GST dah mula, barulah ada masa sikit. Semua orang dah menarik nafas lega (untuk sementara).

So what's up? Nothing excited, really. I'm counting days to go for a short holiday end of this month. Last month ke Kota Bharu. First time sampai sana. We took our own sweet time memandu ke sana. Pergi konvoi tiga kereta. So ada la kena berhenti sekejap-sekejap. Nangis dalam hati sebab lamanya! Keluar rumah pukul 7 pagi. Pukul 5.30 petang baru sampai sana. Dengan Tisya yang masa tu masih belum sihat sepenuhnya selepas demam seminggu.

Tak berjalan ke mana sangat. Kami ambil peluang menjamu selera di beberapa gerai dan restoran yang terkenal kat sana. Dari dulu teringin nak breakfast kat Kopitiam Kita.

Macam-macam ada!

Their signature menu : Roti Titam. Harga sedikit mahal. RM5

Nak makan kat Kopitiam Kita ni, kena tengok harga. For me, harga sesetengah menu tu agak mahal. So pandai-pandai la korang bajet.

Sempena mama dah officially retired, I bawa my parents ke For Seasons Restaurant. Jangan tanya alamat. I memang tak tau. I waze je. Sampai la di restoran ni. Ia restoran Chinese Muslim. Harga berpatutan dan makanannya pun sedap. Kalau tak reti nak pilih, boleh ambil set. Terang-terang harga terpapar kat situ.



Kami kat sana 4 hari 3 malam je. Bila balik, dah tak konvoi. Sekejap dah sampai. Tak la sekejap mana pun. Keluar dalam pukul 7.30 pagi. Sampai KL pukul 3 petang. Lepas ni tak tau bila nak ke sana lagi. Macam tak je. Hehehe.


0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.