Tuesday, April 14, 2015

Menimba pengetahuan dalam “MAMIL® MOMME SATURDAYS”

Ibu dan bapa sama-sama penting dalam membesarkan anak. Tetapi peranan ibu lebih meluas. Mungkin kerana ibu lebih sensitif dalam menangani pelbagai masalah yang berkait rapat dengan anak. Jadi tidak pelik apabila ibu yang diperlukan dalam hampir segala perkara yang berlaku terhadap anak berasa sedikit tertekan dan stress.

Sabtu lepas, ibu-ibu telah diajak menyertai bengkel “MAMIL® MOMME SATURDAYS” di Talent Lounge, Damansara Perdana. Bengkel anjuran Mamil® ini telah memberikan pelbagai ilmu kepada ibu-ibu untuk menangani isu-isu lazim berkaitan nutrisi untuk anak yang sedang membesar.





Acara yang bermula pada jam 10 pagi itu bermula dengan kata-kata aluan dari Ms. Caroline Yap, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

Sebagai pakar dalam pemakanan kanak-kanak, kami di Mamil® sentiasa ingin meraikan para ibu dan menyokong mereka untuk mencapai potensi tertinggi dalam penjagaan anak-anak mereka. Siri bengkel ‘Mamil® MomMe Saturdays’ adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada para ibu yang memberi sokongan berterusan terhadap Mamil®. Ibu-ibu bukan sahaja menikmati sesi memanjakan diri yang ditawarkan tetapi juga dapat mempelajari perkara yang bakal membawa manfaat dalam kehidupan harian,” kata Caroline Yap.

Selepas itu, ibu-ibu mendengar sedikit short talk yang diberikan oleh Jacki Siew, seorang jururawat dan bidan berdaftar (Britain) dengan pengalaman selama 15 tahun memberi kaunseling kepada para ibu mengenai cara-cara menangani masalah kanak-kanak yang lazim seperti demam dan selsema.

Berdasarkan hasil kajian Mamil® yang dianjurkan baru-baru ini, topik-topik tersebut merupakan masalah utama kepada kebanyakan ibu. Dengan peningkatan kes denggi di sekitar Lembah Klang, Jacki turut menasihatkan ibu-ibu mengenai kepentingan mendapatkan diagnosis yang betul daripada doktor, mengetahui perbezaan di antara demam dengan demam denggi, serta cara-cara ibu boleh melegakan gejala yang anak-anak mereka hadapi.

Ini antara perkara yang perlu kita lakukan apabila anak demam.

♥ Beli thermotemer dan simpan di rumah agar senang untuk kita mengawasi suhu badan anak. Seeloknya, ambil suhu di dalam rektum anak. Jika susah, boleh ambil suhu di bawah lidah atau di bawah ketiak. Jangan beri anak minum air panas dan air sejuk sebelum suhu diambil.

♥ Pakaikan anak dengan pakaian yang nipis agar haba mudah keluar dari badan. Jangan pakaikan dengan pakaian yang tebal. Jangan berselimut!

♥ Jangan gunakan ais atau air sejuk dalam proses sponge bath. Air suam lebih sesuai kerana ia mudah tersejat dari kulit dan mengeluarkan haba dari dalam badan.

♥ Banyakkan meminum air agar anak tidak mengalami dehidrasi.

♥ Sentiasa alert kerana demam berlaku disebabkan penyakit lain. Bawa anak berjumpa doktor jika suhu kekal tinggi walaupun telah diberi ubat.

Kami juga sempat membuat satu aktiviti. Riuh rendah ruang Talent Lounge dengan jeritan ibu-ibu yang hendak menang!



Kumpulan kami kalah! Sob... sob

Dalam pada bergelak ketawa tu (ada yang siap naik kaki sebab nak menang punya pasal.. hahaha), Jacki menyedarkan kami tentang sesuatu. Katanya, kami ni ibu-ibu yang dah besar, pun main taknak kalah dan buas. Cuba fikirkan anak kat sekolah yang masih kecil tu. Tak hairanlah jika anak-anak pulang dengan muka berconteng, rambut serabai, kasut kotor dan baju macam belacan. Hehehe, memang terkena! Sejak tu I memang tak marah Tisya dah. Dah tau sangat betapa aktifnya anak dara tu.

Pengacara untuk hari itu ialah si cantik manis; Aishah Sinclair. Memang minat dengan dia sejak Breakfast Show kat NTV7 dan sekarang setiap pagi dengar celotehnya di Mix FM. Memang excited dapat jumpa dia.


Acara berakhir dengan aturcara istimewa iaitu sesi memanjakan diri seperti merias kuku, sesi bergambar berkumpulan dan makan tengahari. Selain itu, setiap ibu turut dihadiahkan dengan produk Mamil® serta barangan eksklusif bernilai lebih RM160. Ini termasuklah baucar tunai bernilai RM30 untuk pembelian produk Mamil®.



With Cik Lily Putih and Nannie Isa

Group photo


Untuk maklumat lanjut berkenaan sesi bengkel Mamil® MomMe Saturdays atau Mamil®, sila layari laman sesawang www.mamil.com.my, www.facebook.com/DumexMamil atau hubungi Talian Pelanggan Mamil® di 1800 38 1038.

1 scribble(s):

Miera Nadhirah Tan said...

huhuhu I missed out on this....

www.mieranadhirah.com

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.