Friday, April 10, 2015

A&W Seremban ditutup


A few days ago, dapat berita dari adik ipar tapi masa tu tak percaya lagi. Khabar angin je tu! Tapi hari ni barulah dikira sahih selepas keluar dalam The Rakyat Post. Orang Seremban mesti tau tempat ni.

Fast food seperti KFC dan McD ada banyak outlets di Negeri Sembilan tapi kalau sebut fast food yang ada Root Beer dan Coney Dog, ada satu je iaitu di bandar Seremban, bersebelahan Taman Tasik Seremban. Sebab tu ia dekat di hati orang Seremban. Banyak kenangan masa kecil kat sana. Tu belum lagi orang yang jadikan tempat tu untuk berdating, melepak lepas tengok wayang atau tengok orang drift kat sana.

Bila dengar ia akan ditutup pada 30 April, ramai sedih. Bila dapat tahu rupanya ditutup selama 2 tahun untuk renovation process, sedih tu tak kurang pun. Walaupun sekarang dah ada lagi satu outlet kat Mydin, mana la nak sama dengan yang kat sebelah tasik ni. Kawasan luas dan selesa. Lagipun, orang zaman dulu je yang banyak memori. Budak zaman sekarang lagi suka KFC dan McD.

So yes, orang Seremban... jom turun ke sana pada 30 April ni untuk meriahkan suasana!

1 scribble(s):

zana-norzana said...

haaaaaa dah nak tutup for renovation ker??? banyak kenangan kat situ....... from KGV ke Malay Girls Hostel lalu kat situ dan seminggu sekali mesti beli root beer float minum sambil jalan balik ke hostel......

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.