Thursday, March 05, 2015

Review : Worthy Book Ladies Edition 2014-2015

Hello semua. I know, dah lama menyepi. Kerja sangat banyak di office sampaikan tiada masa nak berehat. Tapi hari ini, I nak berkongsi tentang pengalaman menggunakan satu voucher book yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Ramai kawan di FB dah gunakan voucher book ni. Yes, I am excited!

Pernah dengar Worthy Book Ladies Edition 2014-2015? Tak pernah? Worthy Book ni merupakan buku baucer yang mengandungi pelbagai baucer penjimatan untuk banyak barangan dan produk kecantikan dan kesihatan.

It's a Ladies edition... so it's for ladies! Terasa istimewa kan? Orang perempuan lagi suka bila dapat discount dan voucher. Jangan terkejut. Worthy Book ini mengandung voucher bernilai RM11,000!


Worthy Book ini senang digunakan. Hanya perlu pilih voucher yang nak digunakan. Selepas tu boleh tengok kat mana boleh guna voucher tersebut.

Search by brand


Or search by area





Ada banyak vouchers untuk digunakan. I pun tak habis gunakannya. Ada beri kepada kawan-kawan. Untuk menggunakan voucher ini, sebaiknya tanya dulu di kaunter kedai terbabit samada voucher tu masih sah digunakan atau tidak. Eventhough tarikh luput voucher masih jauh, ada voucher yang I tak boleh gunakan lagi. Katanya promosi telah tamat. Hmmmm.

Voucher yang ditawarkan bernilai RM11,000 tetapi Worthy Book ini murah saja. Hanya RM25!

Untuk keterangan lanjut, boleh layari social site mereka atau terus ke laman web :

Webpage : worthybook.my
FB : fb.com/worthybook
Twitter : worthybook_my
Instagram : worthybook 

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.