Wednesday, January 21, 2015

Poney and Poney Enfants Winter 2014 Fashion Show

Ada sesetengah orang berpendapat, lebih seronok membeli pakaian untuk anak perempuan sebab boleh jadi rambang mata melihat pelbagai jenis dress dan shirt yang berwarna warni. Kalau anak lelaki, asyik tshirt dan jeans saja. Betul ke? Sebenarnya, anak lelaki pun boleh bergaya jika kena caranya.

Bulan lepas, I dijemput menghadiri Poney Christmas Fun di IOI City Mall, Putrajaya. Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti diadakan dan yang paling menjadi tumpuan ialah pertunjukan fesyen oleh model-model cilik yang sangat bergaya.



Antara aktiviti yang ada ialah menyusun jigsaw puzzle. Ada 3 gambar kesemuanya. Nampak mudah tetapi tidak. Peserta tidak ditunjukkan gambar sebenar. Sebaliknya petugas akan beri description tentang gambar tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pula perlu mencari 6 keping puzzle dalam sebuah kotak yang mengandungi semua kepingan untuk 3 jenis gambar tu. Kemudian kepingan tersebut diberi kepada anak dan anak perlu mencantumkan semua kepingan dalam masa 60 saat!


Kalau berjaya, dapat RM100 voucher dari Poney!

Rezeki Tisya dapat beli baju baru hari tu

Aktiviti Count The Ponies pun senang. Cuma nak kena kira betul-betul la.


Poney and Poney Enfants Winter 2014 Fashion Show ini memang menjadi tumpuan ramai. Cantik-cantik pakaian yang diperagakan oleh mereka. Rekaannya simple tetapi berupaya membuatkan pemakainya kelihatan bergaya.








Koleksi ini masih boleh didapati di outlets Poney di seluruh Malaysia. Jadi, kalau ada yang berkenan, boleh la ke outlet mereka.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.