Friday, January 09, 2015

Ice skating di Icescape Ice Rink

My Number 6 on my "What Do You Want To Do Before You Die?" is try ice skating. Satu perkara yang maybe korang tak tahu tentang I ialah I suka menonton filem/drama/telemovie Christmas. Memang kita tak celebrate tapi I suka jalan ceritanya yang magical dan I sangat sukakan winter. Wah wah, macam la pernah alami kan? :p

Sebab tu ada No. 6 dan 16 dalam list tu. There's no snow here but we have the largest ice rink in Malaysia.. Olympic size! Rugi kalau tak cuba. Ice rink yang dimaksudkan terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Siapa yang belum pergi ke IOI City Mall, sila lah pergi. Masa awal-awal buka dulu, masih free parking. Sekarang tak sure.

Kami pilih untuk ke sana sehari sebelum Christmas sebab masing-masing cuti. Ke Icescape Ice Rink lah kita!


Ya ampun!! Lane panjang betul. Sape kata orang tak reti ice skating? Haha, rasanya memang ramai tak reti tapi nak cuba juga kan? Termasuklah I. Tak kira, nak cuba juga. Fees untuk masuk adalah seperti berikut.


Kalau nak jimat, bawalah socks dan gloves sendiri. Kalau tak, beli je kat situ. Macam kami, bawa socks, gloves beli kat sana je. Murah. Kalau ada bawa beg dan barang, sewa locker untuk simpan. Tipah tertipu sebab ingatkan coin locker tu untuk sehari. Tapi rupanya once ko cabut kunci tu, lepas tu dah tak boleh nak kunci buat kali kedua (in case gatal tangan nak buka locker tu lagi sekali). Kenalah beli token baru. Tapi ramai je yang tak bawa barang dan hanya longgokkan kasut di lantai. Ada orang nak curi tak? Hehehe, at your own risk. Admission fee tu dah termasuk sewa kasut. Nampak macam mahal eh? Tapi harga tu per entry. So pagi-pagi makan berat sikit. Lepas tu stay situ sampai ko rasa nak keluar.

Ada orang tu gelakkan I sebab ambil gambar macam ni. Sekali bila I buka hashtag kat Ig, berlambak kot orang ambil gambar camni.

Dah pakai kasut, dah excited.. jom masuk ke ice rink. Elok dua-dua belah kaki berdiri atas ice rink tu, dah cuak! Apehal licin sangat ni weih?? OMG, terus rasa nak masuk balik T_T

Tak boleh... tak boleh. Dah bayar mahal-mahal. Kena cuba juga ni. Try ambil 3-4 steps, jatuh! Nasib la ada sorang perempuan tu, dah pandai main. Dia hulurkan tangan kat I untuk bangun. Tersengih-sengih je la kami berdua. Agaknya dia teringat masa first time dia jatuh kot.

Ingatkan nak jalan berpaut kat tepi rink dulu tapi at one point, tak boleh sebab satu lengkungan tu ditutup untuk pelajar. Jadi nak tak nak, kenalah redah rink tanpa berpaut pada apa-apa. Ehem.... jatuh lagi. Tak rasa segan pun sebab ramai je yang jatuh. So korang tak payah segan sangat kerana ramai juga orang macam korang, first time nak cuba.



Lepas habis satu pusingan, I cuba skate tanpa pegang apa-apa. Perlahan-lahan.... jatuh lagi! Hahahaha, mampu gelakkan diri sendiri je. Try lagi.... Rasa syok pulak sebab dah boleh balance badan. Tak jatuh lagi dah lepas tu. Dah habis satu lagi pusingan, cuba tambahkan kelajuan. Rasanya ada la 5-6 pusingan juga I buat. Seronok!

 Serabai tudung sebab dah jatuh banyak kali.

Pukul 2.30pm, ice resurfacing time. Semua orang kena keluar.

Kami kat sana beberapa jam je sebab nak kena solat Zuhur. Kalau dah keluar, tak boleh masuk semula dah. Tak macam kat District 21.

Seeloknya, pakai baju yang nipis dan seluar yang selesa. Sebab confirm berpeluh. Nampak macam rileks je kan tapi memang dah macam exercise dah.

Yeay, dah boleh cross Number 6!

3 scribble(s):

Mieza Everdeen said...

antara satu benda yang mieza tak dapat tunaikan sepanjang 3 years belajar kat shah alam ialah try ice-skating kat sunway pyramid. selalu pergi Sunway sebab dekat and ada bas. nampaknya sometime in the future nanti bila dah kerja KL ke, mesti try jugak!

kidaa said...

Klo bwk kasut sendri broe eh kne byar utk msk main kt stu?

Liz said...

mieza> kena cubalah mieza!

kidaa> not sure.tapi rasanya should be no problem.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.