Tuesday, January 06, 2015

Hari orientasi untuk pelajar Tahun 1

31st December 2014 merupakan hari orientasi bagi pelajar tahun 1 di kebanyakan sekolah di seluruh negara. Kelengkapan sekolah dah dibeli sejak awal November. Bimbang saiz untuk uniform sekolah Tisya habis sebab dia small size. Pada awalnya, ke hulu hilir dia bawa beg sekolah tu, main dalam rumah. Excited sangat tu!

Malam sebelum orientasi, buat latih tubi untuk subjek Matematik. Tisya ni kadang-kadang dia confuse tambah tolak. Kena la buat latihan. Pelajar tahun 1 diwajibkan ambil exam diagnostik untuk melihat sejauh mana pencapaian mereka dalam pembelajaran. Result hanya akan diberitahu minggu hadapan. Harapnya Tisya baik-baik sahaja.

So pagi tu kami ke sekolah. Tisya pun okay je. Tak la nangis ke apa. Cuma dia tak lalu makan. Taknak breakfast. Sudahnya belikan roti bun untuk dia.



Sampai di sekolah, semua parents kena berkumpul di kantin untuk proses pendaftaran. Untuk sementara, Tisya dimasukkan ke kelas 1 Amanah. Harapnya, dia kekal di kelas 1 Amanah. Hehe, tak tau la dia berjaya jawab soalan exam tu dengan baik ke tak. Tisya kata soalan senang je.


Sementara parents uruskan hal pendaftaran di kantin, pelajar diarahkan untuk beratur. Mereka akan dibawa masuk kelas untuk menduduki peperiksaan.

Happy face!

Ada 7 kelas kesemuanya


Selesai urusan pendaftaran, semua ibu bapa menghadiri taklimat di dewan sekolah. Macam-macam perkara diberitahu seperti peraturan sekolah, PBS dan peranan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak. Besar betul tanggungjawab ibu bapa dan guru. Risau juga dalam hati.


Sesi persekolahan akan bermula pada minggu hadapan. Besar harapan nak tengok Tisya berjaya dalam pelajaran. Hmmm, I sendiri risau kalau I tak mampu nak guide dia.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.